Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar

Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar

(10/07/1999)

KUALA LUMPUR 9 Julai - Seorang pelajar pintar dari Maktab Rendah Sains Mara Jasin, Melaka, Mohd. Suhaimi Ramly, berazam untuk mengharumkan nama negara dengan membuktikan kepintaran anak Malaysia juga setanding dengan bangsa lain di dunia pada pertandingan matematik antarabangsa '99 yang akan berlangsung di Romania minggu depan.

''Saya tentunya tidak dapat menjanjikan keajaiban, tetapi saya berjanji akan berusaha sedaya upaya bagi membuktikan daya kepintaran anak Malaysia juga mampu berganding dan bersaing dengan bangsa lain di dunia,'' kata Suhaimi.

''Saya sedar ia merupakan suatu beban dan cabaran yang amat berat. Namun, saya dan rakan-rakan lain akan berusaha untuk tidak menghampa harapan anak bangsa kita. Itulah azam saya,'' tambahnya.

Suhaimi adalah di antara enam orang pelajar pintar dalam mata pelajaran Matematik dari seluruh negara yang terpilih untuk mewaklili Malaysia ke pertandingan International Mathematical Olympiad '99 (IMO '99) itu.

Lima lagi rakannya ialah dua pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya iaitu Foong Yaik Ho dan Liew Chien Hao. Tiga lagi ialah Ong Shien Jin dari Sekolah Menengah St. Francis, Melaka, Muhamad Saifudin Zanial dari Sekolah Alam Shah di sini dan Kok Yen Hau dari Sekolah Menengah Chong Hwa di sini.

Delegasi Malaysia ini diketuai oleh Prof. Dr. Abu Osman Md. Tap dari Fakulti Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mereka dijadualkan berlepas ke Bucharest, Romania pada hari Ahad ini untuk mengadu kepintaran bersama lebih 400 pelajar lain dari lebih 80 buah negara di seluruh dunia yang akan menyertai pertandingan itu.

IMO '99 bermula sejak 40 tahun lalu di Romania dan Malaysia mula menghantar wakil untuk turut bertanding sejak 1995 lalu di Toronto, Canada.

Setiap tahun tempat persidangannya diadakan di ibu negara berlainan di seluruh dunia. Bagi menyambut pertandingan kali ke-40 ini ia dikembalikan ke Romania.

Dr. Abu Osman ketika dihubungi berkata: ''Berdasarkan pencapaian sejak kebelakangan ini, saya yakin peluang bertambah baik. Adalah diharapkan pasukan Malaysia akan memperoleh pingat pada tahun ini.''

Beliau memberitahu, dalam pertandingan matematik Asic-Pacific Mathematical Olympiad '99 pada Mac lalu, pasukan Malaysia telah memperoleh satu pingat perak, empat gangsa dan satu sanjungan kehormat yang merupakan kejayaan yang lebih baik berbanding hanya dua pingat gangsa tahun lalu.


 
AZI
azri61@hotmail.com