Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
Sejarah MRSMJ
Hubungi MRSMJ
Carta Organisasi MRSMJ
Kalender MRSMJ
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita

 

PENUBUHAN MRSM JASIN

MRSM JASIN ditubuhkan pada tahun 1981. Terletak di Daerah Jasin di atas satu kawasan seluas 50 ekar. Perasmian tapak telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Negeri Melaka ketika itu YAB Datuk Mohd Adib Adam pada 21 Jun 1981. Pembangunan fasa pertama mengandungi Blok Akademik,Blok Pentadbiran, Blok Asrama Dewan Selera,Dewan Kuliah Dewan Besar,Pusat Sumber Ilmu dan Blok Malmal. Pengambilan pelajar pertama ialah pada 2hb Ogos 1982 terdiri dari 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan dua. Manakala bilangan guru ialah seramai 16orang.Pembukaan rasmi maktab ini telah diadakan pada 8hb.Mach 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk MusaHitam. 

MRSM Jasin mengalami proses pembesaran dan pada tahun 1992
pengambilan pelajar melebihi satu ribu satu ratus orang. Kini MRSM Jasin mempunyai 2 buah Dewan Besar, Bangunan Pentadbiran, 4 Blok Asrama lelaki 3 Blok Asrama Perempuan, 2 Buah Dewan Selera, 2 Blok Bangunan Akedamik,Makmal Komputer Pusat Sumber,Kolam Renang, 2 Blok Bangunan Makmal dan Kemudahan sukan seperti padang 4 buah gelanggang tenis, 2 buah gelanggang bola keranjang, 3 buah gelanggang bola tampar dan 3 buah gelanggang sepak takraw. MRSM Jasin yang dibina diatas tanah berbukit di Kampong Sempang Kerayong, Kira-kira 1.5Km dari Pekan Jasin dan 35Km dari bandar Melaka.Mudah dihubungi pengguna lebuhraya melalui tol Air Keroh,plaza tol Lipat Kajang (Jasin) dan Tangkak (Johor).Bersebelahan dengan MRSM Jasin pula ialah Institut Kemahiran MARA (IKM).Kini MRSM Jasin menjadi PERINTIS MRSM Bestari. Makmal IT telah lengkap dengan peralatan seperti 30 buah Komputer untuk kegunaan latihan/kursus guru dan staf dan kelas pelajar.

PROGRAM KHAS PENDIDIKAN(PKP) MRSM JASIN

Pada tahun 1995,MRSM Jasin adalah diantara tiga maktab yang diberi amanah untuk melaksanakan Program Khas Pendidikan selain daripada MRSM Pengkalan Chepa dan MRSM Taiping  Program ini menawarkan satu program yang boleh memperkembangkan dan meluaskan pengalaman serta mengcungkil  bakat para pelajar yang biasanya tidak dapat diasah dalam kurikulum biasa.Pelajar pelajar yang mempunyai 'talent pool' dipilih berdasarkan keputusan PMR dan dianggap 'gifted' atau pintar cerdas. 
Selain daripada menyediakan pelajar pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM,dengan menggunakan 'Schoolwide Enrichment Model'(SEM) yang diasaskan oleh Dr.Joseph Renzulli,MRSM Jasin menyediakan pelbagai aktiviti pengkayaan,SEM menjuruskan pelajar pelajar kepada aktiviti aktiviti yang memaksimakan potensi mereka dan memberi cabaran kepada kebolehan mereka. Model ini memberi pengelaman pembelajaran yang pelbagai untuk pelajar pintar cerdas. .

MISI MRSMJ

Program Khas Pendidikan(PKP) yang dirangka bermatlamatkan untuk melahirkan   pelajar pelajar yang berpencapaian tinggi di dalam akademik dan penuh kreativiti serta memiliki sikap komited terhadap tugas masing masing. 
Program ini juga dibentuk bagi mengetengahkan pelajar sebagai individu yang berkebolehan berkemampuan dan berbakat di dalam perbagai bidang secara optima.Tanpa mengabaikan aspek spiritual,Program Khas Pendidikan disediakan bagi memenuhi keperluan falsafah pendidikan negara yang mencari keseimbangan diantara Jasmani, Rohani,Emosi dan Intelek. 
Misi MRSM Jasin ialah meningkat dan menambah bilangan pelajar yang cergas dan cemerlang pencapaian akademik khususnya dalam bidang sains dan matematik serta bersahsiah tinggi dan cenderung ke arah keusahawanan.

VISI MRSM JASIN

Visi MRSM ialah menjadi pusat kecemerlangan bertaraf dunia dan berupaya menyediakan prasarana pendidikan yang mantap untuk melahirkan tenaga manusia yang berkualiti dan bijaksana ke arah pembentukan golongan profesional dan usahawan Bumiputra pada zaman maklumat. . .

WAWASAN MRSM JASIN

Menjelang tahun 2000 MRSM Jasin akan menjadi sebuah Institusi Pendidikan peringkat menengah yang unggul dengan Prasarana dan kemudahan yang terbaik,Mempunyai warga maktab yang berwibawa, mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik,sahsiah dan berketrampilan.

CABARAN MRSM JASIN

1. Menghayati Kecemerlangan akademik melalui pencapaian SPM dengan agregat 12 serta TPNG 3.00 ke atas. 
2. Menghayati kecemerlangan sahsiah melalui amalan Sopan Santun,Budi Pekerti dan Akhlak Mulia serta Penampilan diri yang anggun. 
3. Menghayati kecemerlangan Ilmu melalui Ketrampilan dan Bakat Kepimpinan dan Ketaatan Kepada Agama dan Negara. 
4. Menghayati kecemerlangan Potensi Individu melalui penggunaan Bakat secara Optima didalam apa jua bidang Akademik dan Ko-Kurikulum. 
5. Mewujudkan budaya kerja cemerlang serta suasana dan persekitaran Maktab yang Indah,Bersih dan Selamat. 

IKRAR PELAJAR MRSM JASIN

BAHAWA KAMI 
PELAJAR PELAJAR MRSM JASIN 
DENGAN INI BERIKRAR 
AKAN BERSUNGGUH SUNGGUH 
UNTUK MELAKSANAKAN SEGALA TUNTUTAN AGAMA 
MENJAGA NAMA BAIK MARA DAN MRSM 
MEMATUHI SEGALA PERATURAN MAKTAB 
MENCAPAI TAHAP KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM 
MENJAMIN HIDUP BERSATU PADU 
MEMBENTUK KEPERIBADIAN YANG BERKUALITI 
MEMUPUK DAYA KEPIMPINAN YANG BERMORAL 
DAN MEMANFAATKAN SEGALA ILMU 


 
AZI
azri61@hotmail.com