PANDUAN PENGURUSAN
DISIPLIN PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
Disediakan:
Unit Hal Ehwal Pelajar
Bahagian Pendidikan Menengah MARA
PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
Bahagian I : Pendahuluan
1. Nama dan berkuatkuasa
Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan sebagai Panduan Pengurusan Disiplin
Pelajar Maktab Rendah Sains MARA dan hendaklah berkuatkuasa
pada l hb September 2000
2. Pemakaian
(1) Panduan Pengurusan ini hendaklah digunapakai bagi pelajar
di semua Maktab
Rendah Sains MARA.
(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan panduan ini, akan mengakibatkan
seseorang itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.
3. Tafsiran
Dalam Panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain :
"Badan Wakil Pelajar (BWP)" ertinya Badan Wakil Pelajar Maktab
Rendah Sains MARA.
"Barang atau Harta Maktab" ertinya benda kepunyaan atau milik
atau di bawah kawalan
Maktab Rendah Sains MARA.
"Guru" ertinya guru Maktab Rendah Sains MARA.
"Jawatankuasa Disiplin Bahagian (JDB)" ertinya Jawatankuasa Disiplin
di Bahagian
Pendidikan Menengah yang berfungi mengawal tatatertib dan disiplin
pelajar MRSM.
"Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM)" ertinya Jawatankuasa Disiplin
Pelajar Maktab
Rendah Sains MARA yang ditubuhkan oleh Pengetua
"Jawatankuasa Rayuan Babagian (JRB)" ertinya Jawatankuasa Rayuan
di Bahagian
Pendidikan Menengah yang berfungsi mempertimbangkan rayuan disiplin
yang dirujuk
oleh Jawatankuasa Disiplin Bahagian.
"Jawatankuasa Disiplin Dan Rayuan Maktab (JDRM)" ertinya Jawatankuasa
Disiplin dan Rayuan Pelajar Maktab Rendah Sains MARA yang ditubuhkan
oleh
Pengetua.
"Kaunselor" ertinya Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA.
"Ketua Warden" ertinya Ketua Warden Maktab Rendah Sains
MARA.
"MARA" ertinya Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan di bawah
Akta Majlis
Amanah Rakyat 1966.
"Pelajar" ertinya pelajar atau murid Maktab Rendah Sains MARA.
"Pengarah Pendidikan Menengah" ertinya Pengarah Bahagian Pendidikan
Menengah MARA.
"Pengetua' ertinya Pengetua Maktab Rendah Sains Mara.
"Penolong Pengetua (HEP)" ertinya Penolong Pengetua Hal Ehwal
Pelajar Maktab Rendah Sains MARA.
"Penolong Pengetua (HEA)" ertinya Penolong Pengetua Hal Ehwal
Akademik Maktab Rendah Sains MARA.
Bahagian 11 :
Matlamat dan Etika Pelajar
1.Matlamat
Matlamat Peraturan-Peraturan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA adalah :-
(i)Mewujudkan 'iklim' persekolahan dan pembelajaran yang selamat, bersih,
segar,kemas dan prihatin ;
(ii)Membantu pelajar menguruskan diri dan masa mereka dengan berkesan;
(iii)Membina budaya keja cemerlang dan berakhlak mulia
2.Etika Pelajar
2.1. Kepercayaan Kepada
TuhanSentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala
kemudahan dan nikmat yang dikurniakan.
2.2. Bersopan Dan Bertatasusila
Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa,
menghormati ibu bapa, guru-guru, ketua dan rakan-rakan.
2.3. Kepatuhan Kepada Undang- Undang
Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai pelajar yang menghormati Peraturan, Undang-Undang Agama, Maktab dan
Negara.
2.4. Menghormati Masa dan Tanggungjawab
Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan sesuatu tugas dan bertanggungjawab.
2.5. Mementingkan Kesihatan dan Kebersihan
Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, berwibawa, berketrampilan,
menghargai kebersihan dan mencintai alam sekitar.
2.6. Berfikiran Positif dan Bercita- Cita Tinggi
Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang boleh dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak mudah
putus asa,berpandangan jauh, bejiwa besar, patriotik, dinamik, berdaya saing
dan bercita-cita tinggi.
Bahagian III :
Peraturan Disiplin Pelajar
Pada bila-bila masa, pelajar dilarang atau ditegah daripada melakukan
atau terlibat atau membiarkan dirinya terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam apa jua perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan dan dibuktikan sebagai
kesalahan-kesalahan disiplin pelajar atau melanggar Tatatertib dan Peraturan
Disiplin seperti yang telah ditetapkan atau diwartakan oleh pihak Maktab
1. Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat
a) Berzina atau mengadakan hubungan seks atau hubungan luar tabii seperti perlakuan lesbian, homoseks, dan sebagainya yang mempunyai takrif yang sama.
b) Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap orang lain.
c) Mencabul kehormatan orang lain.
d) Menyebabkan kematian secara sengaja atau tidak sengaja dengan senjata atau tanpa senjata.
e) Mendera atau menyeksa seseorang secara berkumpulan.
f ) Mencederakan atau menyebabkan kecederaan kepada seseorang.
g) Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau menjual sebarang jenis dadah ( narkotik ).
h) Menyimpan dan memiliki senjata api dan bahan letupan.
i) Cubaan membunuh diri.
j) Melakukan sesuatu dengan niat untuk mendatangkan kesusahan atau kecederaan atau kemusnahan kepada orang lain.
k) Merompak atau juga tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai rompakan atau samun melibatkan ugutan atau senjata.
l) Menganjurkan atau menggerakkan atau menghasut orang lain agar berkumpul dan bertindak ganas atau menunjuk perasaan yang bolch menyebabkan kerosakan harta benda atau mengancam keselamatan Maktab atau awam.
m) Melakukan Kesalahan Disiplin Kategori Berat Kali ke 2:
2. Kesalahan Disiplin Kategori Berat
a)Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau menjual sebarang jenis bahan tembakau.
b) Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau membekal sebarang jenis minuman keras (alkoliol).
c) Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau menjual sebarang senjata, pisau atau alatan yang boleh membahayakan orang lain.
d) Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau menjual bahan lucah, ganas atau tidak bermoral.
e) Menyiar, mencetak, membuka laman web, menyebar maklumat / dokumen yang mengandungi bahan lucah, ganas atau tidak bermoral melalui intemet.
f) Bekerjasama atau terlibat dalam pertubuhan haram.
g) Memeras ugut atau apa jua tindakan yang bolch ditafsirkan sebagai peras ugut dengan menggunakan sesuatu ancaman atau tekanan keselamatan kepada sesuatu pihak.
h) Bejudi atau terlibat dalam kegiatan perjudian, loteri, atau pertaruhan wang dan sebagainya.
i) Berkhalwat atau berpasangan dalam keadaan bercumbu-cumbuan,sumbang atau mencurigakan.
j) Memecah atau menceroboh masuk sesuatu premis serta mencuri harta benda / wang / maklumat / dokumen dan sebagainya.
k) Bergaduh sehingga membawa kepada keeederaan anggota badan.
l) Mencuri atau mengambil harta benda / wang / maklumat / dokumen kepunyaan orang lain yang bemilai melebihi RM 50.00
m) Memalsukan dokumen atau maklumat.
n) Melakukan apa jua aktiviti yang boleli ditafsirkan sebagai perlakuan gangguan seks [sexual harassment].
o) Melakukan kesalahan Disiplin Kategori Sederhana kali ke 2.
3. Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana
a) Menceroboh kawasan larangan seperti asrama puteri oleh pelajar lelaki dan sebaliknya.
b) Menceroboh kawasan akademik dan pentadbiran pada waktu larangan.
c) Mencuri dokumen / harta benda / wang bernilai kurang daripada RM50.00
d) Merosakkan atau menyalahgunakan alatan atau kemudahan Maktab / awam / orang lain dengan sengaja.
e) Biadab atau berkelakuan tidak sopan terhadap guru atau kakitangan atau tetamu sehingga boleh menjejaskan nama baik individu atau Maktab.
f) Ingkar arahan guru atau pihak-pihak lain yang menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
g) Menipu atau meniru dalam sesuatu ujian atau peperiksaan.
h) Menyalahgunakan nama atau jawatan seseorang seperti Pengetua / Guru atau Pegawai Kerajaan.
i) Mengambil bahagian dalam perhimptinan haram.
j) Melindungi seseorang yang disyaki bersalah seperti menyembunyikan maklumat atau penyaksian atau enggan memberi kerjasama.
k) Bersubahat atau membantu seseorang melakukan kejahatan.
1) Memperagakan imej diri negatif yang bertentangan dengan peraturan dan budaya Maktab.
m) Keluar dari kawasan Maktab tanpa kebenaran
n) Membawa masuk orang awam ke kawasan Maktab tanpa kebenaran.
o) Melanggar peraturan-peraturan am atau peraturan yang diwartakan melalui unit-unit pentadbiran Maktab.
Bahagian IV :
Dendaan dan Hukuman
Pihak Maktab melalui tatacara yang telah ditetapkan boleh mengenakan hukuman atau dendaan yang sesuai dan wajar ke atas seseorang pelajar yang didapati atau dibuktikan bersalah melanggar
Peraturan Disiplin dan Tatatertib Pelajar atau Peraturan-Peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak Maktab dengan hukuman atau dendaan seperti berikut:
1. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat :
a. Laporkan kepada pihak berkuasa polis.
b. Hantar pelajar balik kepada ibu bapa / penjaga dalam tempoh 24 jam
c. Cadangan 'Ditamatkan Pengajian' dari MRSM.
2. Hukuman Disiplin Kategori Berat:
a. Cadangan 'Ditamatkan Pengajian' dari MRSM.
Atau / Dan
b. Digantung persekolahan selama satu [1] atau dua [2] minggu.
Atau / Dan
c. Rotan secara tertutup maksimum sebanyak 2 kali.
Atau / Dan
d. Tahanan dalam maktab selama tidak melebihi 6 minggu.[Rujuk Lampiran A]
3. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana:
a. Digantung persekolahan selama tidak lebih daripada tujuh (7) Hari.
Atau / Dan
b.Dikenakan tahanan terhad dalam kawasan Maktab selama tidak lebih
daripada empat (4) minggu. [Rujuk Lampiran B]
Atau / Dan
c. Dirotan 1 kali secara tertutup.
Bahagian V: Pengurusan Disiplin Dan Tatatertib Pelajar
Pengetua melalui wakilnya atau agensi-agensi yang ditubuhkan adalah bertanggungjawab
sepenuhnya dalam segala urusan pentadbiran disiplin, peraturan dan keselamatan pelajar. Oleh
itu adalah menjadi tugas dan tangggungjawab setiap guru, kakitangan dan ketua pelajar khasnya dan pelajar amnya untuk menghormati dan mematuhi peraturan disiplin dan tatatertib yang ditetapkan dan menguatkuasakan dengan adil dan bersungguh-sungguh mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan.
1. Tatacara Pengadilan
1.1 Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin dikeluarkan dan diyatakan bahawa pelajar
diberi peluang untuk membela diri semasa perbicaraan di hadapan Jawatankuasa Disiplin Pelajar, JDM. (Lampiran D2)
1.2 Pelajar yang didapati melakukan kesalahan akan dibicarakan oleh JDM dan jika
sabit kesalahan, mereka akan dihukum mengikut kesalahan yang di lakukan.
1.3 Pelajar dibenarkan memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan.
1.4 JDM boleh menyoal atau memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan.
1.5 Jlka pelajar ingin mengemukakan rayuan , rayuan perlu dibuat dalam masa tujuh( 7 ) hari dari tarikh dimaklumkan hukuman.
2. Perlaksanaan Hukuman dan Dendaan.
2.1 Setiap kesalahan Kategori Amat Berat dan Berat mestilah dibincangkan dan diadili oleh Jawatankuasa Disiplin dan Rayuan Maktab, JDRM dengan dipengerusikan oleh Pengetua atau Penolong Pengetua yang menjalankan tugas sebagal Pengetua.
2.2 Pihak JDRM tidak boleh menjatuhkan hukuman 'Ditamatkan Pengajian'kepada pelajar tetapi hanya boleh mencadangkan hukuman tersebut. Cadangan ini kemudiannya akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Bahagian, JDB dan keputusan muktamad akan dibuat oleh JDB. Cadangan hukuman 'Ditamatkan Pengajian' mestilah disertakan dengan laporan lengkap dan dihantar kepada Pengarah Pendidikan Menengah dalam tempoh 7 (tujuh) hari.
Laporan tersebut mesti mengandungi perkara-perkara berikut:
I. Laporan Pengaduan.
II. Laporan Penyiasatan.
III. Laporan Perbicaraan.
IV. Surat Rayuan (jika ada)
V. Pengakuan Bertulis Tertuduh (jika ada).
VI. Pengakuan Bertulis Saksi (jika ada).
VII. Pengakuan Bertulis Mangsa (jika ada).
VII. Latarbelakang Keluarga dan Alamat lbubapa atau Penjaga.
IX. Rekod Disiplin Tertuduh.
X. Laporan Prestasi Akademik.
XI. Ulasan / Komen Penasihat Homeroom.
XII. Ulasan / Komen Guru Subjek.
XIII. Ulasan / Komen Kaunselor.
XIV. Ulasan / Komen Ketua Warden / Warden.
XV. Laporan Doktor tentang Mangsa (jika ada).
XVI. Salinan 'Surat Perjanjian Berkelakuan Baik' Tertuduh (jika ada).
XVII. Dokumen-dokumen lain sebagai bukti.
2.3 Seorang pelajar yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman 'Ditamatkan Pengajian' mestilah digantung persekolahannya bermula dari tarikh hukuman dimaklumkan sehingga mendapat
keputusan muktamad daripada JDB dalam masa tidak lebih dua (2) minggu, jika dalam masa dua (2) minggu berkenaan, pihak JDB tidak membuat sebarang keputusan,maka pelajar berkenaan hendaklah dipanggil semula meneruskan pengajiannya dan hukuman gantung persekolahan yang telah dikenakan hendaklah dianggap terlaksana.
2.4 Pelajar boleh mengemukakan rayuan terus kepada Jawatankuasa Rayuan Bahagian,JRB dalam tempoh masa tujuh (7)hari daripada tarikh hukuman dimaklumkan.
2.5 Salinan Surat Pemberitahuan Hukuman Ke Atas Tindakan Disiplin (Larnpiran D1)dan Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin (Lampiran D2) yang diserahkan kepada tertuduh hendaklah juga dihantar kepada lbubapa Penjaga, Kaunselor dan Guru Penasihat 'Homeroom'.
2.6 Setiap rekod kesalahan, pertuduhan disiplin dan dokumen-dokumen berkaitan mestilah difailkan dalam fail Peribadi Pelajar dan fail Rekod Disiplin Pelajar.
2.7 lbu Bapa / Penjaga pelajar yang tertuduh atau pelajar yang tertuduh sendiri berhak mengemukakan rayuan. Bagi kes Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat dan Berat yang melibatkan hukuman 'Ditamatkan Pengajian' dari MRSM, rayuan hendaklah dibuat terus kepada JRB dalam tempoh tujuh (7) hari.
2.8 Bayaran gantirugi kerana kerosakan atau kerugian akibat dari salahlaku yang berkaitan hendaklah dibayar atau ditanggung oleh pelajar.
2.9 Bagi kes kesalahan jenayah berat, pihak Maktab perlu melaporkan kepada pihak berkuasa polis.
Lampiran A
Tahanan dalam maktab selama tidak lebih enam (6) minggu dengan mengikut peraturan-
berikut :
* Tidak dibenarkan keluar dari kawasan maktab.
* Tidak dibenarkan balik ke rumah bermalam. [ kecuali kecemasan]
* Tidak dibenarkan mengikut, turut serta atau mewakili maktab dalam apa jua aktiviti yang diadakan di luar maktab.
* Mesti melaporkan diri di Pondok Pengawal maktab di sepanjang tempoh tahanan berkenaan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan seperti
7.00 - 8.00 pagi
10.00 - 11.00 pagi
2.00 - 3.00 petang
5.00 - 6.00 petang
11.00 - 12.00 malam
* Semasa dalam tahanan, pelajar boleh diarahkari untuk melaksanakan Kerja-kerja Bakti seperti :
- Mencuci longkang
- Membersihkan bilik mandi
- Mencuci tandas
- Mencabut rumput
- Menyapu sampah
* Tempoh masa:
- Tidak lebih 4 jam sehari, 2 hari berturut-turut pada hujung minggu/
waktu melawat
Atau
- Tidak lebih dua jam pada hujung minggu
* Boleh dilakukan secara
- Individu
- Berkumpulan
* Di bawah seliaan :
- Seorang guru atau seorang kakitangan yang telah ditetapkan oleh pengetua atau JDM.
Kembali
Lampiran B
Tahanan dalam maktab selama tidak lebih empat (4) minggu dengan mengikut peraturan berikut :
* Tidak dibenarkan keluar dalam kawasan maktab
* Tidak dibenarkan balik ke rumah bermalam [ kecuali kecemasan]
* Tidak dibenarkan mengikuti, turut serta atau mewakili Maktab dalam apa jua aktiviti yang diadakan di luar kawasan maktab.
* Mesti melaporkan diri di Pondok Pengawal maktab di sepanjang tempoh tahanan berkenaan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan seperti :
7.00 - 8.00 pagi
10.00 - 11.00 pagi
2.00 - 3.00 petang
5.00 - 6.00 petang
11.00 - 12.00 malam
* Semasa dalam tahanan, pelajar boleh diarahkan untuk melaksanakan Kerja-kerja Bakti seperti :
- Mencuci longkang
- Membersihkan bilik mandi
- Mencuci tandas
- Mencabut rumput
- Menyapu sampah
* Tempoh masa
- Tidak lebih 4 jam sehari, 2 hari berturut-turut pada. hujung minggu/waktu melawat
Atau
- Tidak lebih dua jam pada hujung minggu
* Boleh dilakukan secara
- Individu
- Berkumpulan
* Dibawah seliaan:
- Seorang guru atau kakitangan yang telah ditetapkan oleh Pengetua atau JDM.
Kembali
Lampiran C
TATACARA / PANDUAN MEROTAN
Dalam Bab II MELANGGAR DISIPLIN DAN HUKUMANNYA, no. 7 (c)
(i) Hukuman Dera (corporal punishment) , buku PANDUAN TATACARA
DISIPLIN SEKOLAH UNTUK GURU BESAR DAN GURU, Kementerian
Pendidikan Malaysia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1988 menyatakan :
(i)Hukuman Dera (corporal punishment)
a)Hukuman dera ( rotan ) boleh dikenakan ( kecuali ke atas murid-murid perempuan) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
b) Hukuman hendaklah dijalankan oleh Guru Besar (Pengetua) sendiri atau oleh seorang guru berdaftar yang telah diberikan kuasa oleh Guru Besar sama ada secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan.
c) Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan
d) Pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau dibahagian punggung yang berlapik pakaian.
e) Pengetua mestilah mencatatkan hukuman dera yang dikenakan dalam satu buku rekod khas dan menyatakan bilangan pukulan yang dikenakan, bahagian anggota dirotan (tangan atau punggung), sebab-sebab dirotan ( kesalahan ), tarikh dan tandatangan Pengetua dan seorang Guru yang menjadi saksi.
PROSES RAYUAN
a)Pelajar / lbubapa bolehlah mengemukakan rayuan dalam masa tujuh ( 7 ) hari daripada tarikh dimaklumkan hukuman.
b)Hukuman dilaksanakan selepas tujuh ( 7 ) hari dari tarikh keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab.