PROSES PENGAMBILAN PELAJAR MRSM( Maklumat ini dari Unit Hal Ehwal Pelajar Bahagian Pendidikan Menengah )
Penyediaan maklumat ini bertepatan dengan usaha
memungkinkan berlakunya kecairan maklumat kepada semua ibubapa dan para pelajar
selaku pelanggan yang berurusan secara langsung dengan Bahagian Pendidikan
Menengah MARA.Maklumat
berkaitan kemasukan pelajar-pelajar ke MRSM telah dibuat sedemikian rupa agar
perjalanan proses pengambilan pelajar dapat difahami dengan jelas dan
berkesan.Proses yang terbabit
dalam kerja dan urusan pemilihan pelajar diterangkan secara terperinci. Moga-moga
dengan penerangan tersebut BPM berharap akan dapat mengurangi masalah dan
menjawab persoalan yang sering dikemukakan oleh para ibubapa dan pelajar
terbabit dalam berurusan dengan pengambilan pelajar MRSM.
Proses Pengambilan Pelajar Ke Maktab Rendah Sains MARA
Sejak
Maktab Rendah Sains MARA ditubuhkan seawal tahun 1972, permohonan kemasukan ke
MRSM kian meningkat setiap tahun.Bermula dengan penubuhan MRSM Seremban (kini Kolej MARA Seremban), Kota
Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kulim (kini Kolej MARA Kulim), MRSM kini
telah berkembang menjadi 33 buah MRSM di seluruh negara.Pada akhir RMK8 MRSM dijangka bertambah
kepada 43 semuanya. Melihat
kepada pertambahan ini, maka sudah tentulah perlaksanaan urusan pengambilan
pelajar ke MRSM kian rumit dan ini memerlukan penelitian yang telus dan
berhati-hati, tambahan pula MRSM menawarkan tempat belajar untuk Tingkatan 1 dan
Tingkatan 4 kepada pelajar-pelajar berkenaan dengan menetapkan syarat dan
kelayakan tertentu. Bagi
membantu orang ramai mendapat penjelasan yang tepat, BPM telah berusaha
memberikan yang terbaik agar maklumat yang di perolehi ini memberikan satu
kepuasan yang maksimum. Oleh itu, buku kecil ini telah menggariskan
maklumat-maklumat berkaitan proses kerja bagi pengambilan pelajar Tingkatan 1
dan Tingkatan 4 ke MRSM seluruh negara. CARTA ALIRAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR TING 1 MRSM
PROSES KERJA URUSAN PENGAMBILAN PELAJAR MRSM ke TING. 1:
Bil |
Jangka Masa (tentatif) |
Proses Kerja |
1 |
1 hari (Awal November)
|
Iklan penjualan Borang Permohonan Ting. 1 disiarkan melalui akhbar-akhbar utama berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
|
2 |
10 hari bekerja |
Penjualan Borang Permohonan di semua Pejabat-pejabat MARA Negeri dan Daerah serta di Pejabat MARA Wilayah Persekutuan, K.Lumpur.
(Bermula sehari selepas keputusan UPSR diumumkan sehingga selepas 10 hari bekerja )
|
3 |
7 minggu
(Awal Nov. – akhir Disember)
(Bermula dari tarikh tutup permohonan)
|
Menerima dan memproses Borang Permohonan di BPM MARA.
i. Membuka sampul
ii. Menyemak borang permohonan dan dokumen
iii. Mengembalikan kad jawapan permohonan
iv. Mengasingkan borang permohonan drpd. borang OMRSM
v. Membuat proses imbasan borang OMRSM
vi. Mengedit permohonan di skrin komputer
vii. Menyelaraskan keputusan UPSR pemohon dengan LPM
viii. Menyelaras pemilihan di peringkat KPM untuk pemilihan ke SBP dan MRSM
ix. Menyelaras pemilihan di peringkat MARA untuk pemohonan awam, anak MARA, ATM dan PDRM
|
4 |
2 minggu
(Akhir Disember
|
i. Memproses pemilihan dan penempatan MRSM
ii. Mengeluarkan surat tawaran kepada pemohon yang berjaya
|
5 |
1 hari
(2 minggu selepas surat tawaran dikeluarkan)
(13 Januari)
|
Pendaftaran di MRSM |
CARTA ALIRAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR TING 4 MRSM
PROSES KERJA URUSAN PENGAMBILAN PELAJAR MRSM ke TING. 4:
Bil |
Jangka Masa (tentatif) |
Proses Kerja |
1 |
1 hari (Awal November)
|
Iklan penjualan Borang Permohonan Ting. 4 disiarkan melalui akhbar-akhbar utama berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
|
2 |
10 hari bekerja (1- 12 Ogos)
|
Penjualan Borang Permohonan di semua Pejabat-pejabat MARA Negeri dan Daerah serta di Pejabat MARA Wilayah Persekutuan, K.Lumpur.
(Bermula sehari selepas keputusan UPSR disiarkan sehingga selepas 10 hari bekerja)
|
3 |
5 minggu
(Awal Ogos - Akhir Sept))
(Bermula dari tarikh tutup permohonan)
|
Menerima dan memproses Borang Permohonan di BPM MARA
i. Membuka sampul
ii. Menyemak borang permohonan dan dokumen
iii. Mengembalikan kad jawapan permohonan
iv. Mengasingkan borang permohonan drpd. borang OMRSM
v. Membuat proses imbasan borang OMRSM
vi. Mengedit permohonan di skrin komputer
vii. Menyelaraskan keputusan UPSR pemohon dengan LPM
viii. Menyelaras pemilihan di peringkat KPM untuk pemilihan ke SBP dan MRSM
ix. Menyelaras pemilihan di peringkat MARA untuk pemohonan awam, anak MARA, ATM dan PDRM
|
4 |
2 minggu
( Pertengahan – akhir September)
|
Persediaan Melaksanakan UKKM :
i. Menyelaras urusan penyewaan dewan dan penentuan alama pemohon untuk tujuan menduduki UKKM bersama PMN dan PMD
ii. Mengumpul dan memastikan bilangan pemohon yang akan menduduki UKKM di seluruh negara
iii.Menyediakan surat panggilan menduduki UKKM
|
5 |
1 hari
(Akhir September)
|
Menghantar surat panggilan menduduki UKKM kepada pemohon yang telah dikenalpasti menepati syarat yang telah ditetapkan.
|
6 |
1 hari
|
Melaksanakan urusan peperiksaan UKKM
(pemohon yang telah dikenalpasti menduduki UKKM)
|
7 |
10 minggu
(Akhir Okt. – Akhir Jan)
|
i. Memproses jawapan UKKM
ii. Menyelaras pemarkahan UKKM dengan maklumat pemohon
iii.Menyelaras keputusan PMR (maklumat dan markah pemohon).
iv.Menyelaras pemilihan ke Ting. 4 bersama KPM untuk pemilihan ke SBP dan MRSM
|
8 |
2 minggu |
i. Memproses pemilihan pemohon dan penempatan ke MRSM
ii. Mengeluarkan surat tawaran kepada pemohon yang berjaya
|
9 |
1 hari
(2 minggu selepas surat tawaran dikeluarkan)
(Pertengahan Februari)
|
Pendaftaran di MRSM
|
PEMPROSESAN UKKM
PADANAN DENGAN KEPUTUSAN PMR
PENYELARASAN BERSAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
PENEMPATAN KE MRSM
(13 MINGGU SELEPAS UKKM )
Glosari
1. ATM - Angkatan Tentera Malaysia
2. BPM - Bahagian Pendidikan Menengah
3. KPM - Kementerian Pendididkan Malaysia
4. LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
5. OMRSM - Borang Berkomputer Permohonan Masuk MRSM
6. PDRM - Polis Diraja Malaysia
7. PMD - Pejabat MARA Daerah
8. PMN - Pejabat MARA Negeri
9. PMR - Penilaian Menengah Rendah
10. SBP - Sekolah Berasrama Penuh
11. UKKM - Ujian Kecenderungan Kemasukkan ke MRSM
12. UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
|