Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Kuota 10% munasabah - Ansara

Kuota 10% munasabah - Ansara

(02/06/2002)

KUALA LUMPUR 1 Jun - Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara) berpendapat kuota sebanyak 10 peratus yang ditetapkan oleh Kabinet bagi pelajar bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bermula tahun depan adalah munasabah.

Timbalan Presiden Ansara, Abdul Mutalib Alias berkata, dasar pengambilan baru itu akan dapat mewujudkan persaingan yang lebih baik di antara semua kaum di negara ini bermula di peringkat sekolah lagi.

``Ini bukan perkara baru, sebenarnya kaum-kaum lain telah pun berada di MRSM sejak tahun 1970-an lagi, cuma mereka tidak mempunyai kuota tertentu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kabinet Rabu lalu yang akan membuka `pintu' MRSM kepada semua kaum pada tahun depan dengan kuota sebanyak 10 peratus.

Dasar baru kerajaan itu, yang turut membuka Program Matrikulasi kepada bukan bumiputera, adalah bagi membolehkan pelajar bumiputera mempunyai daya saing dengan kaum-kaum lain.

Keputusan tersebut bagaimanapun tidak bercanggah dengan Akta Mara 1966 yang menggariskan matlamat penubuhan maktab itu untuk membantu penduduk luar bandar yang miskin.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Mohd. Mydin Mohd. Sheriff yang mengesahkan perubahan dasar kerajaan itu kepada Utusan Malaysia semalam berkata, perubahan dasar itu tidak akan menjejaskan sama sekali peluang dan jumlah pelajar bumiputera memasuki MRSM.

Mengulas lanjut, Abdul Mutalib berkata, semua pihak sepatutnya melihat keputusan kerajaan itu dengan positif.

``Dengan cara tersebut, daya saing pelajar Melayu dengan kaum lain akan lebih berkesan,'' ujarnya.

Pada masa ini terdapat 32 buah MRSM di seluruh negara dengan purata pelajar di setiap maktab 750 orang manakala purata pengambilan pelajar baru pada setiap tahun ialah antara 3,000 hingga 4,000 orang.

Tahun lalu, Mara mengambil 3,490 pelajar baru untuk kemasukan ke tingkatan satu MRSM di seluruh negara bagi sesi persekolahan tahun 2002.

Keutamaan calon pelajar baru diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (ditakrifkan sebagai RM1,500 sebulan ke bawah) dari sekolah pendalaman, luar bandar, kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif.


 
AZI
azri61@hotmail.com