Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Keluarlah dari kepompong kenegerian

Keluarlah dari kepompong kenegerian

(01/11/2002)

Saya ingin menyentuh mengenai isu pengagihan pelajar-pelajar dari pelbagai negeri ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Di sini saya tidak berhasrat untuk mengupas isu penutupan MRSM Besut dan Dungun. Di mana dalam hal ini saya sangat bersetuju dengan saranan menteri supaya pelajar-pelajar dari sesebuah negeri itu dapat diagih-agihkan dan tidak mendominasi mana-mana MRSM.

Pengelompokan pelajar dari negeri yang sama sememangnya tidak menggalakkan proses asimilasi, pergaulan yang luas, penggunaan bahasa Melayu yang standard, bahkan kurang membantu penguasaan bahasa Inggeris. Kesan dari itu juga kita dapati pelajar kurang kompetitif dan loghat daerah menjadi bahasa yang kuat menebal di dalam komunikasi dan perbualan harian.

Walaupun beberapa buah MRSM menonjol dengan begitu jelas di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi kadang-kadang aspek pencapaian itu tidak mencerminkan kemampuan berkomunikasi yang terbaik di dalam bahasa Melayu standard dan bahasa Inggeris.

Selagi pihak yang berkenaan menggunakan prinsip pelajar yang terbaik dari negeri yang berkenaan patut dihantar ke MRSM terdekat kerana masalah pengangkutan atau keluarga, selagi itulah kita tidak akan dapat keluar dari kepompong kedaerahan.

Kecemerlangan dan memiliki tempat belajar yang baik memerlukan pengorbanan. Pengorbanan ini mesti dipikul baik oleh anak-anak mahupun ibu bapa. Lagipun di asrama MRSM itu, pelajar hendak diajar cara-cara berdikari dan ketidakbergantungan kepada orang lain. Justeru, hasrat untuk menghantar anak-anak ke MRSM di dalam negeri yang sama harus dikikis. MRSM tidak harus dimonopoli sehingga lebih 90 peratus warganya terdiri daripada anak tempatan.

Saya berpendapat sekiranya rombakan pengambilan atau pengagihan pelajar hendak dibuat, maka ia harus menyeluruh dan seimbang. Ia tidak harus berlaku di satu atau dua MRSM sahaja. Ia juga tidak harus disebabkan oleh krisis atau perbezaan ideologi politik. Jika tidak, matlamat yang dihasratkan tidak akan tercapai sepenuhnya.

Seperkara lagi, MRSM yang benar-benar cemerlang itu biasanya terdiri daripada maktab yang membuat pengambilan pelajar yang terpilih berbanding dengan pelajar-pelajar yang dilonggokkan dan tidak dikelaskan sebagai bitara atau elit. Ini pun bukan suatu budaya yang wajar dikekalkan. Sudah sampai masanya isu pengagihan pelajar di antara elit MRSM elit dan MRSM biasa disemak semula supaya pertandingan di antara MRSM itu lebih adil dan semua pelajar mempunyai rakan sebaya yang dapat memupuk persekitaran yang sama-sama kondusif ke arah kecemerlangan.

Kita tahu perbandingan selalu dibuat di dalam peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar di antara MRSM. Tetapi bahan mentah atau pelajar-pelajar yang dihantar itu telah diagihkan secara tidak seragam. Mereka yang sedia cemerlang dan berpotensi dikhaskan ke MRSM elit. Pergaulan di antara mereka yang sedia bijak dengan pelajar yang lain tidak berlaku kerana mereka berada di MRSM yang berlainan.

Sama ada perkara ini telah dibuat kajian atau tidak tetapi pengasingan ini meninggalkan beberapa implikasi. Antaranya, ia memupuk semangat rendah diri pelajar yang belajar di MRSM biasa berbanding MRSM elit, kurang pemangkin yang boleh membantu merangsang pelajar sederhana di MRSM biasa dan mewujudkan sikap tidak selesa apabila diadakan ujian selaras di seluruh maktab itu.

Dalam aspek yang lain pula, para pendidik dikehendaki mencemerlangkan pelajar-pelajar di MRSM biasa seperti MRSM elit. Sementara para ibu bapa pula meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap MRSM yang kualiti bahan mentahnya berbeza. Ramai di antara mereka tidak sedar bahawa MRSM elit bukan cermin atau wakil bagi MRSM secara keseluruhan. Kerana itu hal ini juga wajar diperbetulkan andainya rombakan drastik hendak dibuat pada tahun hadapan.

Selain itu, satu langkah yang baik ke arah pertandingan yang sihat dan berpijak di alam nyata ialah kemasukan pelajar bukan bumiputera ke dalam MRSM. Ia semestinya patut dilihat dari sudut yang positif. Tambahan pula Mara mengutamakan pengambilan para pelajar dari golongan yang berpendapatan rendah. Anak-anak bukan bumiputera yang berada di dalam sosio-ekonomi yang sama patut sekali diberi peluang mengecapi pendidikan di tanah merdeka ini. Peluang itu harus diberi walaupun di dalam sebuah negara Islam.

Sebelum ini pun memang tidak dapat dinafikan bahawa MRSM pernah mengambil pelajar bukan bumiputera, walaupun tidak mencapai angka 10 peratus. Pengumuman oleh menteri suatu waktu dahulu mungkin menimbulkan kejutan kepada mereka yang baru mengetahuinya. Tetapi ia sedia dimaklumi di dalam organisasi Mara. Isu seperti ini tidak wajar membangkitkan sentimen yang keterlaluan.

Kita sentiasa harus ingat- mengingati bahawa dalam proses sosialisasi dan pertandingan yang sebenar, yang kuat dan yang lemah sememangnya berada di bawah satu bumbung.

Ñ Mohamad Hatta Abu Bakar, Besut, Terengganu.

Kirim pendapat anda melalui faks 03-92239854

atau pendapat@utusan.com.my


 
AZI
azri61@hotmail.com