Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain

Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain

09/12/2002)

Oleh Rohana Man
MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) akan mencari alternatif lain untuk menempatkan 20 pelajar tajaannya yang gagal memperoleh visa ke Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pengarahnya, Zamani Md. Noor berkata, semua pelajar terlibat adalah pelajar lelaki yang sepatutnya berangkat ke AS pada bulan Ogos lalu.

Menurutnya, pelajar terlibat merupakan pelajar baru yang telah mendapat tempat di universiti-universiti di AS.

``Jika visa itu masih tidak dapat diperoleh dalam seminggu dua ini maka Mara terpaksa mencari alternatif lain untuk membolehkan mereka meneruskan pengajian di luar negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas nasib 20 pelajar baru tajaan Mara yang gagal memperoleh visa ekoran syarat dan peraturan baru yang dikeluarkan oleh AS selepas peristiwa 11 September.

Mara sepatutnya menghantar 46 pelajar baru tajaannya ke universiti-universiti di AS pada sesi kemasukan Ogos lalu.

Namun Mara menghadapi masalah apabila 20 daripada pelajar terlibat gagal memperoleh visa.

Baki 26 pelajar lain yang semuanya pelajar perempuan berjaya memperoleh visa selepas beberapa usaha dilakukan oleh Mara dan mereka akan ke AS pada bulan Januari 2003.

Mengulas lanjut, Zamani berkata, jika pelajar terlibat gagal memperoleh visa ke AS maka Mara akan menempatkan mereka di universiti-universiti negara lain.

Antara negara yang dicadangkan Mara ialah Australia, New Zealand dan Rusia.

``Negara-negara ini menjadi pilihan kerana bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris,'' jelasnya.

Berikutan itu, Mara akan memanggil ibu semua bapa pelajar terlibat untuk berbincang mengenai perkara berkenaan.

Pada satu perkembangan lain, Zamani berkata, Mara kini sedang menempatkan pelajarnya ke universiti-universiti di Rusia dalam bidang perubatan.

Langkah itu dilakukan kerana katanya Mara memperoleh maklumat bahawa yuran pengajian di universiti-universiti di United Kingdom (UK) akan dinaikkan pada tahun 2003.

``Kalau naik 1,000 paun sterling maka kita kena tambah RM6,000 untuk seorang pelajar. Jumlah ini banyak dan lebih baik kita mencari alternatif lain,'' katanya.

Antara negara yang menjadi pilihan Mara untuk kursus perubatan ialah Rusia. Ini kerana kemudahan untuk pengajian perubatan di Rusia setanding dengan negara lain yang turut menawarkan program yang sama.

``Lagi pun bahasa pengantar di universiti pilihan Mara di Rusia adalah bahasa Inggeris,'' katanya sambil menjelaskan kursusnya pula diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Zamani berkata, setakat ini, Mara sudah memilih lima universiti di Rusia yang menawarkan program perubatan.

Antaranya ialah Moscow State Medical Academy; Russian State Medical University; Nizhny Nougorod State Medical Academy dan Volgograd State Medical Academy.

``Menariknya, universiti-universiti itu menerima terus kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

``Ini bermakna calon tidak perlu mengambil kursus A Level seperti yang disyaratkan oleh AS dan UK,'' katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, calon perlu fasih bahasa Inggeris untuk memohon ke universiti-universiti berkenaan.

Pada masa kini, terdapat 15 pelajar dari kumpulan pertama tajaan Mara sedang menuntut di Rusia dalam bidang perubatan.

``Mereka ke Rusia pada bulan Ogos lalu dan kumpulan-kumpulan lain akan menyusul kemudian,'' katanya.


 
AZI
azri61@hotmail.com