Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian

15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian

(17/03/2002)

KUALA LUMPUR 16 Mac - Sebanyak 15 peratus pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan dan luar negara gagal menghabiskan pengajian mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Pelajar-pelajar bumiputera terbabit mengikuti pelbagai kursus peringkat diploma dan ijazah pertama dalam skim pinjaman ke IPTS yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Mara mulai tahun 1997.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Mohd. Mydin Mohd. Sheriff berkata, antara punca utama kegagalan pelajar-pelajar berkenaan ialah tidak dapat menguasai bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar utama di IPTS.

Selain masalah bahasa, menurut beliau, pelajar bumiputera mempunyai tahap keyakinan yang rendah dan daya tahan yang lemah untuk bersaing dengan pelajar bukan bumiputera.

``Bilangan pelajar bumiputera yang gagal itu besar dan pada tahun lepas Mara terpaksa menambah peruntukan sebanyak RM8 juta untuk memastikan bilangan pelajar bumiputera bertambah di IPTS,'' katanya.

Beliau yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pendidikan Mara Kali Ketiga 2002 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Mohd. Mydin berkata, sehingga kini Mara telah menaja 20,000 pelajar ke IPTS dan 2,000 pelajar lagi ke Institut Kemahiran Tinggi Malaysia (IKTM).

Tambah beliau, sebanyak RM30,000 hingga RM40,000 disediakan bagi membiayai pengajian seorang pelajar bumiputera berdasarkan kursus yang diikuti oleh mereka.

``Setiap tahun kita membelanjakan RM600 juta untuk pinjaman kepada pelajar-pelajar tersebut,'' jelasnya.

Pada tahun ini pula, ujarnya, Mara memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk pelajar-pelajar baru.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta semua IPTS yang terlibat memantau dengan lebih serius perkembangan prestasi pelajar tajaan Mara dan berusaha untuk membantu mereka mencapai kejayaan seperti pelajar bukan bumiputera.

``Saya minta kerjasama semua Ketua Pegawai Eksekutif IPTS yang hadir hari ini melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah tersebut,'' tegasnya.


 
AZI
azri61@hotmail.com