Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru

Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru

(13/05/2002)
Nazri Aziz (tiga dari kiri) mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar MRSM yang berjaya ke Pesta Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa Intel (Isef 2002) di Amerika Syarikat.

Oleh MARZITA ABDULLAH
SEMUA pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) diwajibkan menghafal 15 perkataan bahasa Inggeris setiap hari bagi mempertingkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa itu.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Mohd. Mydin Mohd. Sheriff berkata, langkah yang dilaksanakan pada tahun lalu melalui program School Wide Enrichment itu turut melibatkan kakitangan MRSM.

Menurutnya, setiap perkataan yang dihafal mestilah perkataan baru yang difahami maksudnya dan ia dilaksanakan selama 100 hari.

Ini bermakna katanya, selama tempoh itu setiap pelajar dan kakitangan MRSM mempunyai 1,500 perbendaharaan kata baru bahasa Inggeris.

``Program ini bertujuan memastikan setiap pelajar kaya dengan perbendaharaan kata selain tidak kekok menggunakan bahasa itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mohd Mydin berkata demikian selepas majlis taklimat kepada tiga pelajar MRSM Kuala Terengganu yang mewakili Malaysia ke Pesta Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa Intel (Isef 2002) di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat yang berlangsung mulai 12 hingga 18 Mei ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Pelajar berkenaan ialah Muhammad Afiq Zaim, 18, Mohd. Kairul Ezwan, 18, dan Mohd. Helmy Yusop, 17.

Ketiga-tiga pelajar itu berjaya menghasilkan projek bertajuk `Kemangi Sebagai Racun Serangga'.

Beliau berkata, program berkenaan secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan supaya setiap pelajar menguasai bahasa Inggeris untuk menghadapi era globalisasi.

Melalui program School Wide Enrichment itu, pihak pengurusan MRSM menyediakan satu artikel bahasa Inggeris yang mengandungi perkataan-perkataan baru untuk diberikan kepada pelajar.

``Makna perkataan itu akan disertakan dalam artikel tersebut untuk dihafal oleh para pelajar,'' katanya.

Menurutnya, setiap hari pihak pengurusan memperuntukkan masa lima minit untuk pelajar dan kakitangannya membaca dan menghafal perkataan baru.

``Ia dilakukan dengan seorang kakitangan membacakan artikel itu menerusi sistem pembesar suara sementara para pelajar dan guru-guru mengikuti pembacaan itu di dalam bilik darjah masing-masing,'' katanya.

Perkataan-perkataan yang disediakan untuk pelajar pada peringkat awal adalah perkataan umum yang biasa digunakan orang ramai.

Menurut beliau, program itu telah memberi hasil yang sungguh memberangsangkan apabila para pelajar dan kakitangan berusaha menggunakan perkataan baru apabila berkomunikasi sesama mereka.

``Program ini berjaya mengikis perasaan takut dan malu setiap warga MRSM untuk menggunakan bahasa Inggeris walaupun mereka tidak berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa itu,'' katanya.

Beliau berkata, program berkenaan turut memberi keseronokan kepada para pelajar terutama pelajar peringkat menengah rendah.


 
AZI
azri61@hotmail.com