Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

RM2 juta latih guru IT

RM2 juta latih guru IT

(02/08/2001)

INTEL Malaysia akan membelanjakan RM2 juta untuk melanjutkan program Intel Teach to the Future (ITF) ke 25 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan empat kolej Mara di seluruh negara.

Perbelanjaan tersebut bertujuan membiayai 1,500 guru daripada institut pengajian terbabit menyertai bengkel latihan ITF di seluruh negara bermula Julai hingga September tahun ini.

Menurut Pengurus Besar Worldwide Assembly Test Manufacturing Intel Corporation, Datuk Wong Siew Hai, ITF akan menghasilkan guru yang mahir teknologi komputer untuk meningkatkan pembelajaran pelajar.

``Guru perlu dilatih untuk membantu mereka menyepadukan teknologi ke dalam kurikulum,'' katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran program tersebut, di bangunan Mara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Mohd. Mydin Mohd. Sheriff dan Pengarah Pendidikan Menengah Mara, Ahmad Roslan Johari.

Menurut Wong, program ITF melibatkan 40 jam pembelajaran melalui penggunaan Internet, pembinaan laman web serta pengunaan perisian multimedia ke dalam kurikulum pembelajaran semasa.

Ia juga akan mengurangkan penggunaan papan hitam kerana guru boleh menyampaikan nota pengajaran melalui persembahan power point.

Intel membelanjakan hampir RM380 juta untuk program ITF yang diperkenalkan ke 20 buah negara seluruh dunia, melibatkan hampir 400,000 guru dan jutaan murid.

Sebelum ini, ITF diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan menengah negara ini dan dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohammad pada November tahun lalu.

Guru sekolah rendah dan menengah yang terlibat dalam perancangan Intel berjumlah 12,000 orang dan dijangkakan akan dapat mengikuti ITF menjelang tahun 2003.


 
AZI
azri61@hotmail.com