Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Syor MRSM sekolah rendah

Syor MRSM sekolah rendah

(20/09/2002)

LAPORAN: AKMAR HISHAM MOKHLES dan YUSRI SAHAT
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini diminta menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khusus untuk pelajar-pelajar sekolah rendah kawasan luar bandar yang cemerlang dalam akademik.

Ahli Parlimen BN-Sipitang, Datuk Dr. Yusof Yacob berkata, sudah tiba masanya maktab di peringkat sekolah rendah ditubuhkan selepas MRSM untuk sekolah menengah menunjukkan kejayaan yang amat memberangsangkan.

Katanya, MRSM juga kini menjadi idaman para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka berikutan kejayaannya melahirkan ramai pelajar cemerlang di samping sering mendapat kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

``MRSM adalah satu model institusi pendidikan yang amat cemerlang di negara ini.

``Oleh itu ia harus diperbanyakkan termasuk membukanya di peringkat sekolah rendah,'' katanya sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Majlis Amanah Rakyat (Pindaan) 2002 di Dewan Rakyat.

Yusof menambah, keupayaan semua MRSM mengekalkan prestasi cemerlang akademik para pelajarnya menyebabkannya begitu diminati oleh semua lapisan penduduk luar bandar.

Malah kata beliau, ramai pelajar telah menanam impian untuk menjejakkan kaki ke maktab tersebut sejak sekolah rendah lagi.

Beliau berkata, sekiranya penubuhan MRSM di peringkat sekolah rendah menjadi kenyataan, sudah tentu ia akan disambut baik oleh semua pihak.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar Mara menubuhkan tadika di seluruh negara bagi membolehkan ia mengendalikan pelbagai institusi pendidikan, bermula dari peringkat prasekolah sehingga universiti.

Jelas Yusof, beliau yakin Mara berkemampuan untuk menubuhkan tadika dan mempunyai kemahiran ke arah merealisasikan perkara berkenaan.


 
AZI
azri61@hotmail.com