Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Intel tawar program e-pembelajaran

Intel tawar program e-pembelajaran

(21/07/2001)

KUALA LUMPUR 20 Julai - Intel Malaysia akan menawarkan program e-pembelajarannya dinamakan Teach to the Future untuk melatih para guru di kolej-kolej Maktab Rendah Sains Mara dan Kolej Mara di seluruh dunia.

Di bawah program e-pembelajaran itu, para guru akan didedahkan kepada kaedah-kaedah mengajar menggunakan sains dan teknologi misalnya komputer berbanding dengan kaedah mengajar secara manual biasa.

Program itu akan disampaikan dengan sokongan daripada Microsoft Corporation melalui perisiannya Microsoft Office dan Microsoft Encarta.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Worldwide Assembly Test Manufacturing, Intel Corporation, Datuk Wong Siew Hai, berkata, bahawa di Malaysia, Intel akan melabur kira-kira RM2 juta dalam membiayai pembangunan kurikulum dan pengurusan program untuk melatih 12,000 guru sekolah rendah dan menengah di bawah program itu.

``Mulai Julai hingga akhir September 2001, lebih 1,500 guru daripada 25 Maktab Rendah Sains Mara dan empat Kolej Mara akan menyertai dalam sesi-sesi bengkel di seluruh negara,'' Wong berkata pada sidang akhbar untuk mengumumkan gabungan Intel Malaysia dengan Maktab Rendah Sains Mara dan Kolej Mara.

Ditanya mengenai tempoh penggabungan Intel dengan kolej-kolej itu, katanya ia akan berterusan sehingga semua guru yang dilatih sepenuhnya di bawah program itu.

Sementara itu ketua pengarah Mara (Majlis Amanah Rakyat), Datuk Mohd. Mydin Mohd. Sheriff berkata bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta bagi menyibarkan pendidikan teknologi maklumat bagi para guru di semua Maktab Rendah Sains Mara dan Kolej Mara untuk tempoh dua tahun.

``Intel bermatlamat membantu para guru menggunakan teknologi untuk menjadikan pendidikan menarik, interaktif dan berkesan,'' kata Wong.

Katanya, bahawa syarikat juga mempunyai rancangan untuk meluaskan program Teach to the Future ke universiti-iniversiti dan institusi-institusi swasta.

Wong, bagaimanapun, menambah bahawa Intel Malaysia merancang untuk terlebih dahulu meluaskan program itu ke sekolah-sekolah kerajaan. - Bernama


 
AZI
azri61@hotmail.com