Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara

30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara

(25/11/2002)

MOHD. MYDIN MOHD. SHERIFF.

MUKADIMAH
KETUA Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Mohd. Mydin Mohd. Sheriff menamatkan perkhidmatannya dengan Mara semalam setelah berkhidmat selama 30 tahun.

Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Biologi dan Kimia (Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat) pada 1971.

Selepas berjaya memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Pendidikan Sains (Universiti Columbia, Amerika Syarikat) pada 1973, beliau berkhidmat dengan Mara sebagai guru sains dan Ketua Jabatan Sains di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kota Bharu, Kelantan.

Antara jawatan penting dalam Mara yang pernah disandangnya ialah Pengetua MRSM Kulim (1977-1983), Pengarah Pendidikan Menengah Mara (1986-1991) dan Pengarah Kemahiran Mara (1991-1997).

Mohd. Mydin dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara (1997-2000) dan dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Pengarah Mara pada 11 November 2000.

Wartawan Utusan Malaysia, ROHANA MAN menemu bual DATUK MOHD. MYDIN MOHD. SHERIFF mengenai pencapaian Mara dan persaraannya di Kuala Lumpur.

SOALAN (S): Sepanjang 30 tahun berkongsi suka duka bersama Mara, apakah yang paling memberi kepuasan hati kepada Datuk?

JAWAPAN (J): Saya berasa bangga dan gembira kerana hari ini Mara lebih dikenali dan disegani bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara.

Di dalam negara, Mara menjadi tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke MRSM.

Mara juga sudah memiliki sebuah universiti sendiri iaitu Universiti Teknikal Mara yang mana kumpulan pertama pelajarnya telah pun mendaftar pada bulan Julai lalu.

Di luar negara pula, Mara terus mengukir nama apabila pada bulan Ogos lalu, para pelajar MRSM Banting, Selangor berjaya mendapat tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut bagi peperiksaan International Baccalaureate (IB) yang bertaraf dunia.

Daripada 1,700 sekolah di seluruh dunia yang menduduki peperiksaan IB, MRSM Banting telah diumumkan memperoleh keputusan paling cemerlang.

Peperiksaan itu telah diduduki oleh 126 pelajar Mara dan dua daripadanya berjaya mendapat markah penuh iaitu 45 sekali gus melayakkan mereka mendapat tempat di Universiti Cambridge, United Kingdom dalam bidang perubatan.

Dalam melahirkan lebih ramai usahawan Melayu pula, Mara mengambil inisiatif membuka Aked Mara untuk memberi peluang kepada kaum Melayu berniaga.

Sejajar perubahan masa, Mara berusaha memperbaiki premis-premis perniagaan termasuk memberi nama yang lebih bersifat komersial seperti Plaza Langkawi dan Island Plaza di Pulau Langkawi, Kedah.

Yang turut membanggakan saya ialah Mara kini mempunyai rangkaian cawangan yang cukup besar iaitu sebanyak 330 buah pusat di seluruh negara termasuk di beberapa negara luar.

Mara kini mempunyai cawangan di London dan Washington serta sebuah pusat latihan seperti Giat Mara di Kemboja.

S: Begitu besar kejayaan Mara dan tentu ia dicapai hasil daripada kerjasama banyak pihak. Boleh Datuk jelaskan?

J: Memang saya berbangga dengan kejayaan Mara kerana ia juga kejayaan anak-anak Melayu.

Paling membanggakan apabila Mara berjaya melahirkan ramai tenaga profesional di kalangan anak-anak Melayu.

Sejak ditubuhkan Mara telah mengeluarkan 157,797 pelajar dalam pelbagai bidang pengajian.

Ini satu jumlah yang besar dan ramai di kalangan mereka telah pun menjadi pakar perubatan, jurutera, akauntan dan pegawai bank yang berjaya.

Kejayaan ini dicapai hasil kerjasama semua pihak termasuk sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada kerajaan.

Saya terhutang budi dengan banyak pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Pembangunan Usahawan dan Menteri Pendidikan serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang lain.

Mereka semua bukan sahaja memberi kerjasama dalam pelbagai bentuk tetapi juga nasihat kepada Mara dalam membawa hala tuju kaum Melayu merentasi era globalisasi.

Tanpa sokongan ini, sudah tentu Mara tidak berada di tempat sekarang.

S: Bagaimana pula dengan sumber tenaga manusia di Mara? Apakah peranan mereka dalam mengharumkan nama Mara.

J: Mara kini mempunyai kira-kira 10,000 kakitangan termasuk di institusi-institusi pengajiannya seperti di Malaysia France Institute.

Saya terharu kerana semua staf Mara daripada kaki tangan biasa sehingga pegawai tinggi telah bekerja keras bagi merealisasikan matlamat penubuhan Mara.

Bukan sahaja kakitangan di ibu pejabat Mara di Kuala Lumpur tetapi juga kakitangan di semua cawangan Mara di seluruh negeri termasuk di luar negara.

Lebih membanggakan apabila hasrat saya untuk melihat Mara menjadi sebuah organisasi pembelajaran yang berasaskan pengetahuan disokong oleh semua kakitangan.

Kini terdapat 26 kakitangan kanan Mara sedang mengikuti pengajian dalam program ijazah sarjana perniagaan pentadbiran (MBA).

Manakala 16 yang lain mengikuti program ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan empat daripadanya sudah pun berjaya memperolehnya.

Kursus-kursus lain juga diadakan untuk meningkatkan pengetahuan kakitangan terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Saya sentiasa menggalakkan kakitangan yang hanya mempunyai sijil belajar semula supaya memperoleh diploma. Yang sudah ada diploma pula, belajar lagi untuk mendapat ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana.

Ini juga memberi kepuasan kepada saya yang melihat semakin ramai kakitangan Mara mahir ICT.

Kemahiran ini membolehkan Mara mengadakan mesyuarat pengurusan secara tanpa kertas dua kali seminggu.

S: Mara sinonim dengan MRSM. Boleh Datuk jelaskan perkemba-ngan terkini maktab itu?

J: Jumlah MRSM kini bertambah kepada 37 buah dan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), sebanyak 13 buah lagi MRSM akan ditubuhkan.

Jumlah Institut Kemahiran Mara (IKM) pula ialah 12 buah dan kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak enam bilion untuk menambah jumlah IKM kepada 24 buah.

Menyentuh MRSM, saya memohon kerjasama ibu bapa yang anak-anak mereka bersekolah di sekolah dalam bandar yang terkemuka dan baik seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria, SMK St. John atau SMK Bestari Bukit Bintang di Kuala Lumpur tidak perlulah memohon ke MRSM.

Ini kerana sekolah anak-anak mereka sudah baik dan anak-anak boleh mencapai keputusan cemerlang di sekolah-sekolah itu.

Berilah peluang kepada pelajar luar bandar yang lebih memerlukan persekitaran sekolah yang baik dan mereka pula hanya berpeluang memperolehnya menerusi kemasukan ke MRSM.

Saya katakan ini kerana tempat yang disediakan di MRSM amat terhad berbanding jumlah permohonan yang diterima.

Untuk kemasukan ke tingkatan satu sesi persekolahan 2003, Mara menerima kira-kira 13,000 permohonan, sedangkan Mara hanya mampu menyediakan tempat kepada 2,200 pelajar sahaja.

Begitu juga, permohonan masuk ke tingkatan empat mencecah l4,000 berbanding tempat yang disediakan hanya kira-kira 5,000 sahaja.

Semua calon yang memohon itu mendapat 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Jadi tentulah sukar untuk Mara memenuhi semua permohonan.

Lebih memburukkan keadaan apabila ada ibu bapa menggunakan saluran tertentu untuk membolehkan juga anak-anak mereka mendapat tempat.

Dalam hal ini, jika Mara menerima permohonan daripada Kuala Nerang, Kedah dan Kuala Lumpur, tentu sekali Mara akan memilih Kuala Nerang.

Saya berharap ibu bapa faham dan sekali lagi, saya merayu kepada ibu bapa berkenaan supaya tidak membuat permohonan.

Berilah peluang kepada anak-anak luar bandar dan dari kawasan setinggan di pinggir bandar menikmati kemudahan pembelajaran yang lebih selesa di MRSM.

S: Akhir sekali apakah harapan Datuk terhadap Mara selepas bersara?

J: Saya berharap dan yakin kakitangan Mara daripada pelbagai peringkat dapat meneruskan kecemerlangan mereka dalam menjalankan tugas.

Mereka juga perlu berusaha gigih untuk meningkatkan ilmu dan mesti memiliki perasaan gembira untuk bekerja.

Selain itu, mereka perlu proaktif dan sanggup menerima perkara-perkara baru.

-- E-melkan sebarang pertanyaan atau komen anda kepada pendidikan@utusan.com.my


 
AZI
azri61@hotmail.com