Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

MRSM juga untuk semua kaum -- Perubahan dasar kerajaan tidak jejaskan peluang pelajar bumiputera

MRSM juga untuk semua kaum -- Perubahan dasar kerajaan tidak jejaskan peluang pelajar bumiputera

(01/06/2002)

Oleh: ROHANA MAN dan AKMAR HISHAM MOKHLES
KUALA LUMPUR 31 Mei - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara juga akan dibuka kepada semua kaum mulai tahun depan dengan peruntukan kuota sebanyak 10 peratus.

Dasar baru kerajaan itu, yang turut membuka Program Matrikulasi kepada bukan bumiputera, adalah bagi membolehkan pelajar bumiputera mempunyai daya saing dengan kaum-kaum lain.

Keputusan tersebut yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet Rabu lalu, bagaimanapun tidak bercanggah dengan Akta Mara 1966 yang menggariskan matlamat penubuhan maktab itu untuk membantu penduduk luar bandar yang miskin.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Mohd. Mydin Mohd. Sheriff yang mengesahkan perubahan dasar kerajaan itu kepada Utusan Malaysia hari ini berkata:

``Perubahan dasar itu tidak akan menjejaskan sama sekali peluang pelajar bumiputera memasuki MRSM.

``Kalau kita nak ambil 1,000 pelajar Melayu untuk setiap kemasukan maka jumlah itulah yang akan kita ambil.

``Cuma apa yang kita lakukan ialah mencari jalan untuk memasukkan pelajar bukan bumiputera ekoran perubahan dasar ini.''

Pada masa ini terdapat 32 buah MRSM di seluruh negara dengan purata pelajar di setiap maktab 750 orang manakala purata pengambilan pelajar baru pada setiap tahun ialah antara 3,000 hingga 4,000 orang.

Menurut Mohd. Mydin, jumlah pengambilan pelajar bumiputera ke tingkatan satu dan empat tetap kekal seperti biasa, cuma tambahan tempat akan dilakukan untuk memberi peluang kepada bukan bumiputera memasuki MRSM.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan Kabinet bersetuju membuka Program Matrikulasi kepada pelajar bukan bumiputera dengan peruntukan kuota sebanyak 10 peratus juga mulai tahun depan.

Ini bermakna pelajar bukan bumiputera mempunyai satu lagi saluran untuk memohon memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), iaitu Program Matrikulasi dan Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya.

Bagaimanapun, kemasukan pelajar bukan bumiputera ke MRSM bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana maktab itu pernah mengambil pelajar dari kaum lain walaupun tiada kuota khusus ditetapkan untuk mereka.

Perubahan dasar pengambilan pelajar di kedua-dua institusi pendidikan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pelaksanaan sistem meritokrasi yang pertama kali diperkenalkan di IPTA pada tahun ini.

Mohd. Mydin memberitahu, perubahan dasar itu tidak akan menjejaskan sama sekali peluang pelajar bumiputera memasuki MRSM.

``Perubahan dasar itu juga tidak bercanggah dengan Akta Mara 1966,'' jelas beliau.

Tambahnya, akta itu juga menjelaskan matlamat Mara adalah untuk membangunkan masyarakat luar bandar yang pada hakikatnya didiami oleh banyak kaum.

Bagaimanapun, katanya, kekeliruan timbul apabila banyak pihak melihat luar bandar hanya merujuk kepada bumiputera sahaja.

Dalam pada itu, Mohd. Mydin memberitahu, kemasukan pelajar bukan bumiputera ke MRSM sebenarnya sudah lama berlaku, cuma ia tidak diumumkan secara rasmi.

Jelasnya, kemasukan itu telah bermula sejak MRSM pertama ditubuhkan pada tahun 1972 di Seremban, Negeri Sembilan.

Justeru beliau menasihatkan kaum bumiputera tidak bimbang dengan penetapan kuota itu kerana tempat untuk pelajar bumiputera di MRSM masih terjamin dan kekal seperti biasa.

Mohd. Mydin turut meminta semua pihak melihat perubahan itu sebagai sesuatu yang positif dan menguntungkan pelajar bumiputera.

Ini kerana katanya, kehadiran pelajar bukan bumiputera boleh membantu meningkatkan daya saing pelajar bumiputera sekali gus menjadikan mereka lebih berkualiti.

``Kedua-dua kelompok pelajar ini pula akan lebih saling faham memahami budaya hidup masing-masing yang akhirnya mewujudkan sifat toleransi, tolak ansur dan perpaduan yang lebih kukuh di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini,'' katanya.

Mengenai kaedah pemilihan pelajar bukan bumiputera ke MRSM, beliau menegaskan, keutamaan akan diberi kepada pelajar luar bandar yang latar belakang sosio ekonomi keluarganya rendah.

Kata beliau, syarat itu sama seperti yang dibuat dalam pemilihan pelajar bumiputera.

Syarat lain yang perlu dipenuhi menurut beliau, antaranya ialah memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk kemasukan ke tingkatan satu manakala ke tingkatan empat pula, calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 6A termasuk A dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Selain itu, pemohon juga tidak mempunyai gred C, D atau E dalam subjek teras di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) kecuali bahasa Arab.

MRSM pertama lahir pada tahun 1972 di Seremban dengan matlamat utama menambah bilangan pelajar bumiputera dalam bidang sains dan teknologi seterusnya membolehkan mereka memasuki universiti.

Tahun lalu, Mara mengambil 3,490 pelajar baru untuk kemasukan ke tingkatan satu MRSM di seluruh negara bagi sesi persekolahan tahun 2002.

Keutamaan calon pelajar baru diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (ditakrifkan sebagai RM1,500 sebulan ke bawah) dari sekolah pedalaman, luar bandar, kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif.


 
AZI
azri61@hotmail.com