Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A

MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A


(08/03/1998)

KUALA LUMPUR _ MIMOS Berhad dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menjalankan projek percubaan sekolah bestari menggunakan kaedah pembelajaran berkonsepkan 4A (anytime, anywhere, anyone dan anything) di tiga buah sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Presiden MIMOS Berhad, Datuk Dr. Tengku Mohd. Azzman Shariffadeen berkata, pihaknya akan menerapkan kaedah pembelajaran berteraskan teknologi multimedia sebagai alat pembelajaran dan pengajaran.

Menurutnya, MIMOS akan menyediakan kemudahan infrastruktur multimedia dan rangkaian untuk projek percubaan sekolah-sekolah tersebut yang akan dijalankan dalam masa tiga bulan ini.

''Projek mewujudkan konsep sekolah bestari itu akan diadakan di MRSM Jasin, MRSM Taiping dan MRSM Pengkalan Chepa sebagai permulaan dan akan melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima,'' katanya.

Katanya, MIMOS akan menyediakan konsep pembelajaran corak baru bagi pelajar iaitu dikenali 'pembelajaran secara buffet' (buffet learning) dengan proses pembelajaran berkonsepkan 4A iaitu anytime, anywhere, anyone dan anything.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Mara dengan MIMOS Berhad (MIMOS) dan Universiti Telekom (UNITELE) di ibu pejabat Mara, di sini, Selasa lepas.

Melalui konsep itu, Tengku Mohd. Azzman Shariffadeen berharap dapat merealisasikan hasrat kerajaan dalam mewujudkan sekolah bestari dan di MRSM, mewujudkan MRSM Bestari atau BITARA.

Beliau berkata, pelajar-pelajar yang memasuki program ini akan tetap belajar menggunakan kurikulum biasa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan tetapi mereka diberi alat pembelajaran tambahan seperti rangkaian Internet dan perisian-perisian kursus mengikut kehendak dan budaya di negara ini. mengajak semua pihak termasuk guru-guru, pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan keluarga turut serta dalam program itu secara berterusan bagi mempastikan sekolah bestari menjadi kenyataan.

MIMOS diwakili oleh Presidennya, Datuk Dr. Tengku Mohd. Azzman Shariffadeen sementara UNITELE diwakili oleh Presidennya, Prof. Dr. Ghauth Jasmon dan turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Idris Jusoh dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Nik Mohd. Affandi Nik Yusoff.

MoU di antara Mara dan MIMOS merupakan perkongsian bijak yang bertujuan mewujud, membangun dan melaksanakan program pembelajaran dan pengajaran berpersekitaran Teknologi Maklumat (IT) di MRSM dan Kolej-kolej Mara (KM).

Sementara itu, Mara yang diwakili oleh Pengerusinya turut menandatangani MoU dengan UNITELE bagi menempatkan pelajar-pelajar universiti itu untuk kursus pra ijazah pengurusan dan bidang sains di Kolej Mara Banting.

Menurut Dr. Ghauth Jasmon, dengan termeterainya memorandum itu bermakna KMB menjadi kampus cawangan UNITELE yang keempat selepas Kolej Inti, Kolej Antarabangsa dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Katanya, ia adalah permulaan bagi rancangan jangka panjang bagi memberikan KMB pilihan dalam melaksanakan program ijazah Unitele dan seterusnya beroperasi sebagai sebuah Kolej Universiti.- Oleh MOHD RIDZWAN MD IMAN


 
AZI
azri61@hotmail.com