Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

2 lagi MRSM dibina di Sabah

2 lagi MRSM dibina di Sabah


(02/02/1999

SIPITANG 1 Feb. - Kerajaan pusat bercadang menubuhkan dua lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri ini, menjadikan tiga MRSM kesemuanya di Sabah, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Pembangunan Usahawan berkata penubuhan MRSM tambahan itu perlu memandangkan keluasan negeri ini, selain memberikan lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan untuk melanjutkan pelajaran diperingkat sekolah menengah yang ditaja oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

''Saya berharap pembinaan projek ini dapat dimulakan dalam tempoh dua tahun, iaitu selepas berakhirnya Rancangan Malaysia Ketujuh,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis meletakkan batu asas arked Mara Sipitang yang berharga RM30 juta.

Mustapa berkata, sebelum ini, kerajaan pusat telah meluluskan pembinaan MRSM bernilai RM40 juta di Kinarut, kira-kira 15 kilometer dari bandar Kota Kinabalu.

Katanya kerja-kerja awal projek berkenaan akan dimulakan sebaik sahaja kontraktor dilantik pada pertengahan tahun ini dan ia dijangka mengambil kumpulan pertama 700 pelajar menjelang tahun 200.

Dalam ucapannya, Mustapa meminta rakyat Sabah menolak parti pembangkang pada pilihan raya negeri yang akan datang kerana mereka tidak mempunyai kemampuan untuk memajukan negeri ini.

Katanya pembangkang, khususnya Parti Bersatu Sabah (PBS) mempunyai rekod yang lemah sepanjang pemerintahan parti itu sebelum ini.

''Sembilan tahun PBS memerintah di negeri ini tetapi mereka masih gagal membela nasib rakyat Sabah,'' katanya.

Sebaliknya kata Mustapa, Barisan Nasional (BN) yang hanya memerintah kira-kira 5 tahun telah berjaya melakukan pelbagai pembaharuan dan pembangunan.

Sehubungan itu, Mustapa menggesa penduduk negeri ini agar tidak mengubah pendirian mereka dan terus menyokong kerajaan BN sekarang, yang telah membuktikan kemampuannya jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini.

Mustapa juga memberi jaminan bahawa Mara dan pelbagai agensi kerajaan yang lain akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah dalam membantu meningkatkan taraf hidup penduduk negeri ini. - Bernama


 
AZI
azri61@hotmail.com