Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    Berita
    ARKIB Berita
MIMOS, MARA perkenal sekolah bestari konsep 4A(08/03/1998)
Mara singkir pelajar terlibat kes penipuan Internet(08/12/1998)
2 lagi MRSM dibina di Sabah (02/02/1999)
INFOSOC akan menjelajah ke negeri lain(16/05/1999)
Azam Suhaimi buktikan anak Malaysia pintar(10/07/1999)
Intel tawar program e-pembelajaran(21/07/2001)
RM2 juta latih guru IT(02/08/2001)
More than 10,000 students apply for places in MRSM(20/12/2001)
15 peratus pelajar Mara di IPTS tidak tamatkan pengajian(17/03/2002)
Bahasa Inggeris -- MRSM wajib pelajar hafal perkataan baru(13/05/2002)
MRSM juga untuk semua kaum (01/06/2002)
Kuota 10% munasabah - Ansara(02/06/2002)
11 lagi MRSM dibina dalam RMK-8(23/06/2002)
Mara minta tambah peruntukan taja pelajar(25/06/2002)
Syor MRSM sekolah rendah(20/09/2002)
Keluarlah dari kepompong kenegerian(01/11/2002)
Seminar prestasi MRSM 2002(08/11/2002)
30 tahun berkhidmat - Mohd. Mydin bangga pencapaian Mara(25/11/2002)
Sukar dapat visa - Mara cari alternatif lain09/12/2002)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Mara minta tambah peruntukan taja pelajar

Mara minta tambah peruntukan taja pelajar

(25/06/2002)

KUALA LUMPUR 24 Jun - Majlis Amanah Rakyat (Mara) meminta peruntukan tambahan daripada kerajaan bagi membolehkan lebih ramai pelajar bumiputera mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang-bidang kritikal.

Pengerusi Mara, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, peruntukan tambahan itu penting kerana peruntukan yang diberikan sekarang hanya membolehkan pihaknya membiayai 400 pelajar sahaja setahun.

Menurutnya, jumlah pelajar yang lebih ramai perlu dihantar memandangkan bilangan pelajar bukan bumiputera di luar negara jauh lebih besar dan perlu diimbangi.

``Kita berharap jumlah pelajar yang boleh dihantar sama seperti sebelum kegawatan ekonomi berlaku apabila tiada sebarang kuota ditetapkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Abu Seman berkata, sebelum kegawatan ekonomi melanda pada tahun 1997, Mara membiayai seramai 739 pelajar bumiputera ke luar negara mengikuti pelbagai bidang pengajian seperti kejuruteraan, analisis kewangan, perubatan, teknologi maklumat dan farmasi.

Bagaimanapun, mulai tahun 1997, ekoran pengurangan peruntukan, hanya 329 orang pelajar sahaja dapat dihantar ke luar negara dan terus merosot kepada 105 orang setahun kemudian.

``Pada tahun lalu, jumlah itu berjaya ditingkatkan kepada 400 orang dan kita berharap kerajaan sedia menimbang untuk menambahkan lagi bilangan ini,'' katanya.

Tambah Abu Seman, jika kerajaan bersetuju menambahkan peruntukan tersebut, Mara yakin dapat menyediakan jumlah pelajar yang mencukupi untuk ke luar negara.

Menurut beliau, walaupun ada banyak universiti tempatan menghadapi kekurangan pelajar bumiputera untuk mengikuti bidang-bidang kritikal, namun itu tidak bermakna jumlah pelajar cemerlang yang boleh dihantar ke luar negara sukar untuk dicari.

``Setiap tahun kita terima beribu permohonan pelajar yang berkelayakan untuk ke luar negara. Jadi dari situ saya anggap kita tak akan ada masalah cari calon,'' katanya.

Abu Seman berkata, pelajar bumiputera yang dihantar ke luar negara mempunyai kualiti tersendiri berbanding yang belajar di institusi pengajian tinggi awam tempatan.

Ini kerana jelasnya, para pelajar perlu berusaha keras untuk menguasai bahasa di negara mereka menuntut, perlu memahami budaya masyarakat setempat, mesti berdikari dan terpaksa tekun belajar bagi mengelakkan gagal dalam pengajian.

Beliau berkata, kualiti pelajar bumiputera tidak perlu diragui terutama dari segi kelayakan mereka.

Sebagai bukti, jelas Abu Seman, banyak negara asing yang bersedia menerima pelajar bumiputera negara ini termasuk yang terbaru ditawarkan mengikuti bidang perubatan di Australia dan New Zealand.

Dalam pada itu, Abu Seman memberitahu, sejak tahun 1996 hingga tahun lalu, Mara membiayai seramai 81,390 pelajar untuk mengikuti pengajian di dalam dan luar negara.


 
AZI
azri61@hotmail.com