Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    ARKIB Berita
    Berita
Pengorbanan guru
Belajar secara sistematik
Tiga MRSM dahului
MRSM Jasin Juara Kuiz Sains
Pengetua MRSMJ Menerima Anugerah
Koperasi Sekolah
BANK Rakyat menyediakan biasiswa
Kekeliruan bahasa
Mara taja 500 pelajar pengajian di luar negara
Lepasan MRSM kini lebih 60,000(07/02/2003)
Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland(16/02/2003)
Dua MRSM di Terengganu jika BN menang(22/03/2003)
Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara(08/05/2003)
Russia pilihan Mara hantar pelajar perubatan(11/07/2003)
Mara taja tiga pelajar MRSM Jasin ke Moscow(11/07/2003)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Russia pilihan Mara hantar pelajar perubatan





Berita Harian :Ilmu & Maklumat- Dalam Negeri : 11 Julai 2003 : Jumaat


KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) kini menjadikan Russia sebagai destinasi baru untuk menghantar pelajar jurusan perubatan tajaannya berikutan peningkatan pelajar jurusan itu di pusat pengajian tinggi di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara, Nam Marthinin, berkata Mara mula menghantar 17 pelajar jurusan perubatannya ke tiga institusi pengajian tinggi di Russia pada tahun 2001 dan kumpulan kedua seramai 48 pelajar akan dihantar Oktober ini.

“Mara membuat keputusan untuk menghantar pelajar jurusan perubatan ke Russia berikutan pertambahan pelajar perubatan ke luar negara kerana selain Mara, Jabatan Perkhidmatan Awam juga turut menghantar pelajar ke institusi pengajian tinggi terkenal di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat.

“Memandangkan ramai pelajar Mara layak untuk meneruskan pendidikan dalam jurusan perubatan, Mara membuat keputusan menghantar mereka ke Russia iaitu selepas menilai kualiti pendidikan perubatan di Russia serta kesesuaiannya,” katanya pada sidang akhbar penghantaran tiga bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin ke Moscow di sini, semalam.

Beliau berkata, selain boleh menampung pelajar pendidikan tajaan Mara, kos penajaan pelajar jurusan itu ke Russia juga lebih murah berbanding jika menghantar mereka ke universiti di Eropah, Australia atau Amerika Syarikat.

“Secara purata, nisbah pelajar jurusan perubatan yang boleh dihantar ke Eropah, Australia atau Amerika Syarikat berbanding di Russia, berdasarkan kos pendidikan ialah 1 nisbah 3.

“Semua pelajar jurusan perubatan perlu berada di Russia selama enam tahun termasuk menghabiskan latihan perubatan di negara itu.

“Tiga institusi pengajian tinggi itu ialah Russian State Medical University, Volgograde State University dan Moscow Medical Academy,” katanya.

Beliau berkata, pada masa hadapan, Mara mungkin menghantar pelajar tajaannya dalam bidang perubatan ke satu lagi institusi pengajian tinggi di Russia iaitu, Niznynovgorod State Medical Academy sekiranya bilangan mereka semakin bertambah.




 
AZI
azri61@hotmail.com