Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    ARKIB Berita
    Berita
Pengorbanan guru
Belajar secara sistematik
Tiga MRSM dahului
MRSM Jasin Juara Kuiz Sains
Pengetua MRSMJ Menerima Anugerah
Koperasi Sekolah
BANK Rakyat menyediakan biasiswa
Kekeliruan bahasa
Mara taja 500 pelajar pengajian di luar negara
Lepasan MRSM kini lebih 60,000(07/02/2003)
Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland(16/02/2003)
Dua MRSM di Terengganu jika BN menang(22/03/2003)
Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara(08/05/2003)
Russia pilihan Mara hantar pelajar perubatan(11/07/2003)
Mara taja tiga pelajar MRSM Jasin ke Moscow(11/07/2003)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

1,278 koperasi sekolah, IPT daftar ahli Angkasa


SEJUMLAH 1,278 koperasi sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara berdaftar sebagai ahli Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sehingga bulan lalu.

Daripada jumlah itu, 1,244 adalah koperasi sekolah, manakala bakinya koperasi IPT. Perak mencatatkan keahlian koperasi sekolah tertinggi iaitu 152, diikuti Johor (146), Selangor (122), Kelantan (112), Kedah (102), Sarawak (86), Pulau Pinang (84), Negeri Sembilan (81), Pahang (80), Terengganu (77), Melaka (66), Wilayah Persekutuan (61), Sabah (47) dan Perlis (28).

Bagi koperasi peringkat IPT, Selangor mendahului negeri lain dengan enam koperasi, diikuti Melaka (lima), masing-masing tiga di Johor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak, manakala dua di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Terengganu dan Sabah.

Yang Dipertua Angkasa, Prof Diraja Ungku A Aziz, berkata jumlah keahlian di kalangan koperasi sekolah menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa, walaupun jumlah pertambahannya agak kecil.

Katanya, penubuhan koperasi di sekolah secara umumnya dapat membentuk nilai berdikari, tanggungjawab, amanah dan semangat perpaduan di kalangan pelajar.

“Pelajar yang terbabit secara langsung dengan koperasi di sekolah akan mendapat kemahiran mengurus stok barang, mengemas kini akaun dan mengira keuntungan serta dividen untuk ahli koperasi.

“Pengetahuan dan kemahiran ini membentuk disiplin tinggi di kalangan pelajar kerana mereka mempunyai ketekunan, teliti, amanah dan menepati masa,” katanya dalam sidang media di Wisma Ungku A Aziz, di Kuala Lumpur, semalam.

Memandangkan pentingnya peranan koperasi sekolah, katanya, Angkasa dengan kerjasama Kementerian Pendidikan terus mengadakan sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) peringkat kebangsaan tahun ini dengan menganjurkan pelbagai aktiviti, mulai hari ini hingga 29 Jun.

“Sambutan HKS diadakan setiap tahun untuk memupuk semangat berkoperasi di sekolah agar dapat menggembleng tenaga dan minda dalam menjalankan kegiatan berfaedah serta sihat selaras dengan matlamat dasar pendidikan negara untuk melahirkan pelajar seimbang, cemerlang dan berketrampilan,” katanya.

Sebagai penganjur, Ungku A Aziz berkata, Angkasa sentiasa bersedia memainkan peranan untuk terus mempertahan dan membangunkan koperasi sekolah di negara ini demi generasi akan datang.

Katanya, kira-kira 1,000 pelajar dan guru pengiring dari seluruh negara akan menyertai sambutan HKS 2003 yang akan berlangsung di Wisma Ungku A Aziz. Antara cara yang dijalankan sempena sambutan itu ialah kuiz, sukan petanq, pertandingan melukis dan esei.

HKS 2003 dijadual dirasmikan Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan, Datuk Kusaini Abdullah, esok.

Sempena sambutan itu, beliau berkata, Angkasa akan menganjurkan Seminar HKS bertema "Pelancongan Koperasi Sekolah", juga esok.

Selain pembentangan tiga kertas kerja, ucaptama bertajuk `Program Pelancongan Koperasi Sekolah' turut disampaikan Ungku A Aziz pada seminar itu.

“Program pelancongan koperasi sekolah yang saya pelopori berkisar kepada konsep hos dan tamu yang saling bekerjasama dalam pengurusan sesuatu kegiatan pelancongan.

“Maksudnya, ahli atau tamu berpeluang melawat negeri lain dan menginap atau menggunakan kemudahan yang disediakan koperasi sekolah yang menjadi tuan rumah atau hos,” katanya.

Beliau berkata, antara kemudahan itu ialah asrama sekolah dan penyediaan makanan dengan bayaran rendah, iaitu pada kadar yang mampu dibeli pelajar.

Malah, katanya, konsep itu menggalakkan pelancongan domestik di kalangan pelajar dan ia telah dimulakan oleh beberapa koperasi seperti Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Damak, Jerantut, Pahang dan Koperasi Maktab Rendah Sains Mara, Langkawi, Kedah.

Satu daripada kertas kerja yang akan dibentangkan ialah `Status Terkini Koperasi Sekolah dan Peranan Kementerian Pendidikan dalam Menggalakkan Pelancongan Koperasi Sekolah' oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan, Abdullah Abdul Kadir.


 
AZI
azri61@hotmail.com