Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    ARKIB Berita
    Berita
Pengorbanan guru
Belajar secara sistematik
Tiga MRSM dahului
MRSM Jasin Juara Kuiz Sains
Pengetua MRSMJ Menerima Anugerah
Koperasi Sekolah
BANK Rakyat menyediakan biasiswa
Kekeliruan bahasa
Mara taja 500 pelajar pengajian di luar negara
Lepasan MRSM kini lebih 60,000(07/02/2003)
Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland(16/02/2003)
Dua MRSM di Terengganu jika BN menang(22/03/2003)
Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara(08/05/2003)
Russia pilihan Mara hantar pelajar perubatan(11/07/2003)
Mara taja tiga pelajar MRSM Jasin ke Moscow(11/07/2003)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Pengorbanan guru bantu pelajar lulus cemerlang





Berita Harian : Nasional : 28 fEBRUARI 2002 : Khamis

KUALA LUMPUR, Rabu: Kesanggupan guru untuk berkorban demi membantu pelajar mengatasi kelemahan dalam pelajaran adalah antara penyumbang utama kejayaan beberapa sekolah mencatatkan pencapaian cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Lebih penting lagi, komitmen tinggi daripada guru terbabit tidak disia-siakan oleh calon peperiksaan itu sendiri yang menyedari tanggungjawab mereka untuk gigih berusaha memperoleh keputusan membanggakan.

Bagi Pengetua Sekolah Alam Shah di sini yang menduduki tangga teratas dalam senarai sekolah cemerlang (di bawah Kementerian Pendidikan), Md Yusoff Othman, asas kepada kejayaan dicapai itu ialah kesungguhan kedua-dua pihak pelajar serta guru untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, katanya, pelbagai program ilmiah juga dirancang dan dianjurkan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran di samping sentiasa bekerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi memantapkan lagi penguasaan akademik mereka.

“Calon peperiksaan juga menjalani persediaan dari seawal tingkatan empat dan pihak sekolah, terutama guru, sentiasa meneliti dan membuat pemantauan terhadap perkembangan pencapaian mereka,” katanya.

Pengetua Sekolah Seri Puteri yang menduduki tangga kedua senarai sekolah cemerlang (di bawah Kementerian Pendidikan) dalam keputusan SPM tahun lalu, Tengku Azuan Tengku Mohamed, tidak menafikan bahawa kesanggupan guru untuk bekerja keras memang banyak menyumbang kepada kejayaan berkenaan.

Beliau berkata, guru terbabit sentiasa bersedia mengorbankan masa demi membantu calon memperkukuhkan penguasaan akademik mereka, manakala pelajar sendiri pula mengamalkan semangat berpasukan tinggi dengan saling memberi tunjuk ajar untuk mengatasi kelemahan yang dikenal pasti dalam pelajaran.

Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin, Melaka, yang mendahului senarai sekolah cemerlang (bukan di bawah Kementerian Pendidikan), Dr Fatanah Mohamed, berkata guru di maktab itu sanggup bertugas malam mengadakan kelas tambahan khusus untuk calon peperiksaan.

“Hubungan antara guru dan pelajar juga amat erat. Pelajar sentiasa diberi motivasi serta ditanamkan dengan pemikiran yang positif dan memanfaatkan minda secara optimum di samping didisiplinkan melalui pendekatan kasih sayang.

“Paling penting, pelajar itu sendiri menginginkan kejayaan dan kecemerlangan yang secara langsung mendorong mereka untuk berusaha gigih,” katanya.


Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan, yang turut menduduki senarai sekolah cemerlang, Mat Yunuh Dollah, berkata pihak sekolahnya mengadakan program kelas tambahan ketika cuti persekolahan untuk memantapkan penguasaan pelajaran pelajar.

“Guru juga sentiasa membantu, termasuk ketika pihak sekolah mengadakan program kelas malam,” katanya.




 
AZI
azri61@hotmail.com