Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    ARKIB Berita
    Berita
Pengorbanan guru
Belajar secara sistematik
Tiga MRSM dahului
MRSM Jasin Juara Kuiz Sains
Pengetua MRSMJ Menerima Anugerah
Koperasi Sekolah
BANK Rakyat menyediakan biasiswa
Kekeliruan bahasa
Mara taja 500 pelajar pengajian di luar negara
Lepasan MRSM kini lebih 60,000(07/02/2003)
Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland(16/02/2003)
Dua MRSM di Terengganu jika BN menang(22/03/2003)
Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara(08/05/2003)
Russia pilihan Mara hantar pelajar perubatan(11/07/2003)
Mara taja tiga pelajar MRSM Jasin ke Moscow(11/07/2003)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland

Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland

(16/02/2003)

KUANTAN 15 Feb. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menarik balik tajaan ke atas dua pelajar perubatannya di United Kingdom (UK) dan Ireland kerana menganjurkan kegiatan menentang kerajaan.

Ketua Pengarah Mara, Zamani Mohd. Nor berkata, tindakan terpaksa diambil kerana Mara tidak mahu tindak-tanduk buruk pelajar itu menjadi ikutan pelajar lain.

Beliau berkata, ia melibatkan seorang pelajar tahun akhir di UK dan seorang pelajar tahun tiga di Ireland. Pelajar di UK itu mengambil kursus perubatan selama tujuh tahun.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis Salam Penaja Mara, Kolej Shahputra, di sini hari ini.

Sebanyak 300 pelajar kolej itu menerima surat tawaran tajaan daripada Mara manakala 20 orang pelajar menerima `Anugerah Dekan' kerana memperoleh keputusan cemerlang.

Beliau memberitahu, Mara juga sedang menimbang kes tujuh pelajar lain tajaannya di Ireland kerana dikatakan turut terlibat menganjurkan kegiatan menentang kerajaan.

``Kita berharap ia dapat memberi isyarat jelas kepada pelajar lain yang terlibat dan mereka yang belum terlibat, untuk tidak terlibat dalam kegiatan ini.

``Mereka yang belum lagi terlibat, tapi mungkin jadi pemerhati atau menjadi peserta yang tidak aktif akan diberi amaran keras supaya jangan terlibat sebagai penganjur,'' katanya.

Zamani menjelaskan, Mara kesal kerana pelajar kursus kritikal di luar negara sepatutnya sibuk dengan pengajian tetapi mempunyai masa untuk menganjurkan kegiatan sedemikian.

Menurutnya, mereka merupakan pelajar terpilih di kalangan yang terbaik dan sepatutnya menggunakan peluang menuntut ilmu sebaik mungkin.

Beliau berkata, ia selaras dengan aspirasi negara mahu menjadikan mereka manusia berguna kepada bangsa, agama dan negara apabila kembali ke tanah air kelak.

``Mara ada tugas lain lebih penting daripada mengambil tindakan ini tetapi kami terpaksa bagi mengelakkan pelajar lain turut terbabit dalam aktiviti negatif,'' ujarnya.


 
AZI
azri61@hotmail.com