Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    ARKIB Berita
    Berita
Pengorbanan guru
Belajar secara sistematik
Tiga MRSM dahului
MRSM Jasin Juara Kuiz Sains
Pengetua MRSMJ Menerima Anugerah
Koperasi Sekolah
BANK Rakyat menyediakan biasiswa
Kekeliruan bahasa
Mara taja 500 pelajar pengajian di luar negara
Lepasan MRSM kini lebih 60,000(07/02/2003)
Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland(16/02/2003)
Dua MRSM di Terengganu jika BN menang(22/03/2003)
Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara(08/05/2003)
Russia pilihan Mara hantar pelajar perubatan(11/07/2003)
Mara taja tiga pelajar MRSM Jasin ke Moscow(11/07/2003)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Mara taja 500 pelajar pengajian di luar negara


MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan antara RM40 juta hingga RM50 juta tahun ini bagi menaja 500 pelajar yang bakalmengikuti pengajian ke luar negara, pada sesi akademik 2003/2004 menerusi Skim Pelajar Cemerlang.

Bentuk tajaan yang diberi adalah bantuan penuh bernilai antara RM80,000 hingga RM100,000 seorang setahun, merangkumi elaun pengajian, sara hidup, buku dan sebagainya untuk sepanjang pengajian manakala penajaan yuran pengajian pula mengikut tuntutan universiti berkenaan.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Zamani Md Noor, berkata pelajar yang terpilih di bawah skim itu, dikecualikan daripada membayar balik penajaan.

Bagaimanapun, pengecualian itu bergantung kepada kecemerlangan akademik mereka seperti yang tertakluk dalam syarat perjanjian penajaan.

“Contohnya, pelajar yang mengambil bidang Perubatan diberi pengecualian 100 peratus, pelajar bidang lain perlu mengekalkan CGPA 3.50 hingga 4.00 atau kelas pertama, jika mahu mengekalkan penajaan.

“Sekiranya mereka gagal dalam mana-mana program yang ditawarkan, pelajar perlu bayar balik 100 peratus. Bagaimanapun, bagi pelajar yang menambah tempoh pengajian, mereka perlu membayar sebahagian kos tambahan itu.

“Bagi pelajar Perubatan, mereka perlu membayar satu peratus daripada kos tambahan pengajian. Sementara bidang profesional dan sarjana, pelajar perlu membayar 10 peratus daripada jumlah penajaan,” katanya dalam kenyataan kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Zamani berkata, bilangan pelajar yang ditaja tahun ini, hampir sama seperti tahun lalu.

Menurut beliau semua pelajar berkenaan ditempatkan di pusat persediaan yang dilantik Mara sebelum ke luar negara iaitu Kolej Mara Banting, Kolej Mara Seremban, Pusat Pendidikan Antarabangsa (Intec) Universiti Teknologi Mara, Kolej Matrikulasi Yayasan Satu Bukit Beruntung, Malaysia France Institute (MFI) dan German Malaysia Institute (GMI) di Bangi.

Pelajar ini mengikuti latihan di pusat persediaan yang dipilih sebagai persediaan sebelum mereka mengikuti pengajian di luar negara. Tempohnya pula antara tiga bulan hingga dua tahun bergantung kepada program dipilih.

Selain itu, mereka juga diberi pendedahan dan tunjuk ajar bagi menghadapi ujian tertentu mengikut kurikulum disediakan institusi pengajian tinggi luar negara yang mereka pilih.

Bidang pengajian yang ditawarkan pula bertumpu kepada program berteraskan sains dan teknologi, perubatan dan kejuruteraan.

Sehubungan itu, pencapaian cemerlang dalam akademik adalah syarat utama untuk melayakkan mereka ditawarkan penajaan ini.

“Pelajar yang terpilih mengikuti ijazah pertama di luar negara terutama bidang pengajian kritikal terutama bidang pengajian Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat mesti mempunyai Diploma Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan CGPA 3.00 ke atas.

“Ijazah sarjana pula yang memilih pengajian Kejuruteraan, Kepakaran Perubatan/Pergigian, Teknologi Maklumat, “Computational Logics” dan “Agricultural Economic” dan bidang teknikal lain yang kritikal dan dikenal pasti untuk keperluan negara mesti mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 ke atas.

“Untuk peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pula, pelajar ditawarkan bidang teknikal dan bukan teknikal yang dikenal pasti untuk keperluan negara mesti mempunyai Ijazah Sarjana yang diiktiraf dengan CGPA 3.00 ke atas untuk bidang kritikal manakala bukan bidang teknikal, CGPA 3.50 ke atas,” katanya.

Menurut Zamani, tempoh tajaan di luar negara pula tertakluk program yang ditawarkan iaitu dua tahun bagi peringkat ijazah pertama, satu hingga satu setengah tahun untuk Ijazah Sarjana dan tiga tahun untuk PhD.

Katanya lagi, setiap pelajar dikehendaki mengurus sendiri penempatan di universiti terkemuka luar negara dengan menghantar usul dan permohonan mereka mengikut universiti yang bakal dipilih.

Antara syarat lain untuk mereka mendapat tempat di universiti luar negara mesti memperoleh keputusan cemerlang dalam ujian International English Language Testing System (ILTS) 6.0 ke atas atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan 550/230 markah berdasarkan ujian komputer.

Mengikut perangkaan pelajar yang ditaja Mara tahun lalu, program yang menjadi pilihan ialah kejuruteraan yang membabitkan 238 pelajar manakala Amerika Syarikat dan United Kingdom pula menjadi pilihan destinasi pendidikan mereka.

 
AZI
azri61@hotmail.com