Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    ARKIB Berita
    Berita
Pengorbanan guru
Belajar secara sistematik
Tiga MRSM dahului
MRSM Jasin Juara Kuiz Sains
Pengetua MRSMJ Menerima Anugerah
Koperasi Sekolah
BANK Rakyat menyediakan biasiswa
Kekeliruan bahasa
Mara taja 500 pelajar pengajian di luar negara
Lepasan MRSM kini lebih 60,000(07/02/2003)
Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland(16/02/2003)
Dua MRSM di Terengganu jika BN menang(22/03/2003)
Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara(08/05/2003)
Russia pilihan Mara hantar pelajar perubatan(11/07/2003)
Mara taja tiga pelajar MRSM Jasin ke Moscow(11/07/2003)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

MRSM Jasin juara kuiz Sains





Berita Harian : Nasional : 12 MEI 2002 : AHAD

JOHOR BAHRU: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin, Melaka muncul johan dalam Kuiz Sains Alam Semulajadi peringkat Kebangsaan 2002 yang diadakan buat kali ke-24 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, di sini, semalam.

MRSM Jasin yang diwakili Raja Lope Adam, Siti Najmi Farhan Zulkipli dan Sarah Awang Dahlan meraih kemenangan nipis apabila mengumpul 102 mata sekali gus meletakkan MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang di tempat kedua dengan perbezaan satu mata.

Mereka berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM5,224 termasuk wang tunai yang diperoleh daripada soalan cepu emas bernilai RM4,000 bersama piala pusingan, sijil penyertaan dan replika perisai.

Pulau Pinang diwakili Mohd Faizol Mohd Jali, Nor Azlin Ghazali dan Nor Fazidah Ahmad Junid berjaya membawa pulang wang tunai RM1,212, sijil penyertaan dan replika perisai.

Sekolah Menengah (SM) Sains Kuala Terengganu, Terengganu pula di tempat ketiga apabila berjaya mengumpul 92 mata, manakala pasukan tuan rumah, Johor yang diwakili Sekolah Menengah Datuk Penggawa Barat di tempat keempat dengan 70 mata.

Kuiz bertemakan Tumbuhan Hutan Khazanah Untuk Semua adalah anjuran bersama Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) dan Jabatan Pendidikan Johor.

Pertandingan itu membabitkan tiga kategori iaitu soalan individu, kumpulan dan siapa tangkas.

Pada majlis sama, Siti Najmi Farhan Zulkipli dari MRSM Jasin merangkul gelaran peserta terbaik.

Sementara itu, tiga pemenang utama pertandingan Skor menerusi akhbar sisipan akademik Berita Harian turut menerima wang tunai bernilai RM200 dan sijil penyertaan.

Pemenang itu adalah Norhanisah Mohamad dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Lil Banat, Kelantan, tempat kedua, Zaliha Alias dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong, Kelantan dan tempat ketiga, Husna Abdul Halim dari SMA Sheikh Abdul Malik, Terengganu.

Kesemua hadiah sumbangan subsidiari ExxonMobil (M) Berhad dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri, Usahawan, Industri Kecil dan Sederhana, Sains dan Teknologi negeri, Md Salikon Sarpin.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPM, Prof Madya Dr Idris Abdol, wakil Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainudin Abas, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdul Wahab Sungip dan Pengarang Berita Unit Pendidikan BHSB, Zainor Said.

Dalam ucapannya, Md Salikon berkata, pertandingan itu diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-70 UPM selain bertujuan memupuk minat dan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

Katanya, inisiatif Fakulti Perhutanan UPM itu perlu diperluaskan kepada pelajar di sekolah rendah bagi menanam rasa minat terhadap bidang itu dari peringkat awal lagi.

“Bidang sains dan teknologi amat penting bagi melahirkan tenaga mahir dan usahawan dalam bidang itu ke arah mencapai Wawasan 2020.

“Selain sektor perindustrian dan perniagaan, bidang ini juga memainkan peranan penting dalam menjana perkembangan ekonomi negara,” katanya.





 
AZI
azri61@hotmail.com