Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    ARKIB Berita
    Berita
Pengorbanan guru
Belajar secara sistematik
Tiga MRSM dahului
MRSM Jasin Juara Kuiz Sains
Pengetua MRSMJ Menerima Anugerah
Koperasi Sekolah
BANK Rakyat menyediakan biasiswa
Kekeliruan bahasa
Mara taja 500 pelajar pengajian di luar negara
Lepasan MRSM kini lebih 60,000(07/02/2003)
Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland(16/02/2003)
Dua MRSM di Terengganu jika BN menang(22/03/2003)
Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara(08/05/2003)
Russia pilihan Mara hantar pelajar perubatan(11/07/2003)
Mara taja tiga pelajar MRSM Jasin ke Moscow(11/07/2003)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Lepasan MRSM kini lebih 60,000

Lepasan MRSM kini lebih 60,000

(07/02/2003)

Oleh Rajmah Hasan Sirat
TIGA PULUH TAHUN yang lalu, penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah bertujuan untuk mengurangkan jurang yang sangat ketara di kalangan anak-anak bumiputera di dalam pengajian tinggi terutama sekali dalam bidang sains dan teknologi.

Penubuhan MRSM di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah untuk memberi peluang pendidikan yang ditawarkan kepada anak-anak Melayu yang hampir keseluruhannya berasal daripada kampung menikmati sistem pembelajaran yang lebih baik, teratur dan berdisiplin dalam suasana sekolah berasrama penuh.

MRSM pertama ditubuhkan pada tahun 1972 yang mana seramai 150 pelajar telah menjadi kumpulan perintis melangkah masuk ke MRSM pertama Seremban.

Selepas Seremban, beberapa buah lagi MRSM telah didirikan sehingga mencapai 36 buah, tidak termasuk terbaru yang dibina di Batu Gajah, Perak, di seluruh negara

Pada hari ini, keberkesanan usaha ini dapat dilihat dengan terdapatnya ramai para lepasan MRSM yang telah berjaya dan amat membanggakan di dalam bidang masing-masing.

Sehingga kini, `graduan' MRSM telah mencapai 60,000 orang iaitu satu angka yang amat membanggakan.

Ini juga bukti kejayaan kerajaan dalam meningkatkan tahap pendidikan kaum bumiputera khususnya malahan terdapat ramai lepasan MRSM yang kini memegang jawatan penting dalam sektor korporat di samping menempah kejayaan masing-masing dalam bidang profesional.

Bercakap kepada Utusan Malaysia baru-baru ini, Presiden Persatuan Lepasan MRSM (Ansara) Seremban, Zainal Abidin Pit berkata, MRSM sebagai sebuah institusi pendidikan telah berjaya menempa citranya yang tersendiri dalam arena pendidikan negara.

``Nama MRSM begitu sinonim dengan pendidikan bumiputera. Ia kini menjadi satu sistem institusi pengajian menengah yang amat berjaya.

``Justeru, cabaran pada alaf ini sudah pasti memerlukan kita semua mengatur strategi yang lebih kemas dan membina paradigma yang sesuai dengan tuntutan semasa era globalisasi,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Makan Malam Ulang Tahun MRSM ke-30 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung Ansara Seremban, masing-masing Indra Gunawan Alamshah dan Salahuddin Hisham.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan tetamu kehormat pada majlis makan malam yang akan diadakan di Hotel Nikko, Ampang, Kuala Lumpur pada 8 Februari 2003, bermula ini.

Dianggarkan 700 ahli Ansara hadir pada majlis makan malam yang julung kali diadakan sempena sambutan ulang tahun MRSM ke-30.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, kerajaan pada masa kini sangat memerlukan khidmat dan sumbangan golongan profesional serta cendekiawan untuk menggerakkan negara seterusnya merealisasikan harapan dan wawasan Malaysia maju menjelang 2020.

Tambah beliau, sebagai anak didik MRSM, inilah masanya untuk menilai semula sumbangan MARA dan sekali gus kembali untuk mencurahkan khidmat bakti kepada `alma-mater' masing-masing.

``Ansara sentiasa bersedia menilai dan mengubah suai peranan sejajar dengan perkembangan persekitaran dan suasana sosio-ekonomi negara.

``Kami ingin berdiri teguh dan mendukung cita-cita dan wawasan kepimpinan negara,'' tegas beliau.

Di peringkat awal, katanya, aktiviti utama Ansara lebih untuk mengeratkan jaringan antara bekas pelajar.

``Kita dapati ramai ahli Ansara terdiri daripada profesional.

``Harapan kami dengan mengeratkan jaringan boleh membawa manfaat kepada semua anggota untuk mewujudkan kelas profesional baru dari kalangan ahli,'' katanya bahawa sebanyak 60 hingga 70 peratus `graduan' MRSM berjaya mendapat ijazah pertama ketika melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Katanya, Ansara perlu digerakkan secara lebih aktif supaya dapat memainkan peranan yang lebih bermakna selain mengukuhkan iltizam dan meneguhkan azam ke arah melahirkan `generasi gemilang menerusi pendidikan cemerlang'.

Beliau memberitahu, sejak ditubuhkan hampir 10 tahun lalu, Ansara juga telah bergiat secara aktif menyumbangkan pandangan tentang sistem pendidikan di MRSM.

Mengulas mengenai majlis makan malam itu, Zainal berkata, ia merupakan julung kali diadakan bertujuan mengajak para ahli untuk merenung kembali sejarah 30 tahun penubuhan MRSM.

Bertemakan Meneruskan Perjuangan Dalam Memartabatkan Bangsa, katanya, majlis tersebut juga bagi mengenang jasa kesemua yang telah memainkan peranan penting di dalam pembentukan dan sumbangan kepada MRSM.

``Untuk itu, kita juga menyediakan Anugerah Ansara yang akan diberikan kepada dua tokoh terbabit,'' katanya.

Dua tokoh itu ialah Pengetua MRSM Seremban yang pertama (1972 hingga 1982), Datuk Dr. Jamaluddin Abdul Hamid dan Bapa MRSM, Wahab Alwi.


 
AZI
azri61@hotmail.com