Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    ARKIB Berita
    Berita
Pengorbanan guru
Belajar secara sistematik
Tiga MRSM dahului
MRSM Jasin Juara Kuiz Sains
Pengetua MRSMJ Menerima Anugerah
Koperasi Sekolah
BANK Rakyat menyediakan biasiswa
Kekeliruan bahasa
Mara taja 500 pelajar pengajian di luar negara
Lepasan MRSM kini lebih 60,000(07/02/2003)
Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland(16/02/2003)
Dua MRSM di Terengganu jika BN menang(22/03/2003)
Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara(08/05/2003)
Russia pilihan Mara hantar pelajar perubatan(11/07/2003)
Mara taja tiga pelajar MRSM Jasin ke Moscow(11/07/2003)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Dua MRSM di Terengganu jika BN menang

Dua MRSM di Terengganu jika BN menang

(22/03/2003)

Oleh: CHE KU ZAINAL MUDA

DUNGUN 21 Mac - Kerajaan Pusat memberi jaminan, dua buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baru akan dibina di negeri ini jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kementerian bersedia menimbang dua MSRM baru itu yang akan dibina di daerah Dungun dan Kemaman.

Beliau berkata, pihaknya sangat prihatin dengan masalah pendidikan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar cemerlang sejajar dengan misi Kementerian Pendidikan.

Katanya, agak sukar bagi seseorang itu untuk memperoleh keputusan 5A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kecemerlangan itu perlu dihargai dengan cara yang sewajarnya.

``Di Terengganu ini kita sudah ada beberapa buah MRSM seperti MRSM Kuala Terengganu, MRSM Kuala Berang di Hulu Terengganu dan MRSM Kota Putera di Besut.

``Atas dasar keprihatinan terhadap peluang pendidikan, saya berjanji untuk membina dua lagi MRSM di negeri ini iaitu di Dungun dan Kemaman.

``Ia akan dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan saya percaya lebih banyak pelajar Terengganu yang cemerlang UPSR berpeluang memasuki dua MRSM tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perjumpaan mesra penerima-penerima bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) dan penyampaian pembayaran saguhati guru agama.

Pada majlis tersebut, sebanyak 190 guru agama yang mengajar al-Quran di kawasan Parlimen Dungun menerima saguhati dari Kerajaan Persekutuan.

Berhubung dengan penutupan MRSM Yayasan Terengganu (MRSM- YT), Nazri berkata, pihak Perbendaharaan, Kementerian Kewangan juga tidak bersetuju sebarang peruntukkan yang disalurkan untuk Mara dibelanjakan untuk hartanah yang bukan dimiliki oleh Mara.

Selain itu jelasnya, Perbendaharaan juga tidak bersetuju dengan kewujudan MRSM berbentuk memorandum persefahaman seperti di antara Mara dan Yayasan Terengganu di mana satu pihak menyediakan bangunan dan pihak Mara menyediakan perbelanjaan untuk membayar gaji guru dan sebagainya.

``Sudah lama Perbendaharaan tidak bersetuju dengan MRSM yang berbentuk kerjasama seperti yang berlaku di Dungun dan Besut kerana negeri lain juga meminta hak mereka.

``Tetapi pihak Perbendaharaan hanya bersetuju seperti MRSM di Terendak iaitu kerjasama dengan tentera dan MRSM Kulim kerjasama dengan polis,'' jelasnya.

Bagaimanapun, beliau amat kesal dengan beberapa kenyataan berunsur fitnah yang telah dikeluarkan oleh para pemimpin Pas Terengganu berhubung dengan penutupan dua buah MRSM-YT.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar pemimpin Pas dan penyokongnya tidak lagi membuat sebarang kenyataan mengelirukan orang ramai mengenai perkara tersebut.


 
AZI
azri61@hotmail.com