Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    ARKIB Berita
    Berita
Pengorbanan guru
Belajar secara sistematik
Tiga MRSM dahului
MRSM Jasin Juara Kuiz Sains
Pengetua MRSMJ Menerima Anugerah
Koperasi Sekolah
BANK Rakyat menyediakan biasiswa
Kekeliruan bahasa
Mara taja 500 pelajar pengajian di luar negara
Lepasan MRSM kini lebih 60,000(07/02/2003)
Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland(16/02/2003)
Dua MRSM di Terengganu jika BN menang(22/03/2003)
Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara(08/05/2003)
Russia pilihan Mara hantar pelajar perubatan(11/07/2003)
Mara taja tiga pelajar MRSM Jasin ke Moscow(11/07/2003)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara

Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara

(08/05/2003)

Oleh Rohana Man

(Yang mengikuti lawatan Kementerian Pendidikan ke Seoul, Korea, baru-baru ini).
KEMENTERIAN Pendidikan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengenai penajaan pelajar Malaysia ke Universiti Yonsei apabila delegasi kementerian pulang ke tanah air kelak.

Menterinya, Tan Sri Musa Mohamad berkata, pihaknya telah mencapai persetujuan dengan Presiden Universiti Yonsei, Dr. Woo Sik Kim berhubung penghantaran pelajar Malaysia ke universiti berkenaan.

Katanya, penghantaran pelajar Malaysia ke sana akan dilakukan selewat-lewatnya awal tahun depan kerana sesi akademik yang baru hanya dibuka pada tahun 2004.

Beliau berkata, Universiti Yonsei menjadi pilihan kerana ia merupakan universiti kedua terbaik selepas Universiti Seoul di Korea Selatan.

``Kita memilihnya kerana ia mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan bisnes,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Musa bersama tujuh pegawai tinggi kementeriannya berada di Seoul, baru-baru ini dalam rangka lawatan kerja ke Korea Selatan selama enam hari.

Para delegasi turut melawat Universiti Yonsei dan Sunrin Internet High School.

Universiti Yonsei dibuka pada tahun 1885 dan kini mempunyai kira-kira 42,000 pelajar termasuk 1,000 pelajar antarabangsa.

Mengulas lanjut, Musa berkata, pelajar yang dipilih mengikuti program pengajian ijazah pertama di Universiti Yonsei akan diberi kursus persediaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, perkara itu akan dibincangkan dengan pihak UiTM apabila rombongannya pulang ke tanah air kelak.

Mengulas hasil lawatan ke Sunrin Internet High School pula, Musa berkata, para delegasi memperoleh beberapa idea baru yang boleh dipindahkan ke sekolah-sekolah di Malaysia.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah itu mendapati setiap guru dibekalkan sebuah komputer dan terdapat 10 buah bilik guru.

Jumlah guru di sekolah itu ialah 80 orang termasuk pengetua manakala bilangan pelajar ialah 1,007 orang.

Para pelajar pula berpeluang menikmati kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mencukupi dengan setiap pelajar menggunakan sebuah komputer dalam kelas-kelas yang dijalankan.


 
AZI
azri61@hotmail.com