Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
    Lokasi MRSMJ
    ARKIB Berita
    Berita
Pengorbanan guru
Belajar secara sistematik
Tiga MRSM dahului
MRSM Jasin Juara Kuiz Sains
Pengetua MRSMJ Menerima Anugerah
Koperasi Sekolah
BANK Rakyat menyediakan biasiswa
Kekeliruan bahasa
Mara taja 500 pelajar pengajian di luar negara
Lepasan MRSM kini lebih 60,000(07/02/2003)
Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland(16/02/2003)
Dua MRSM di Terengganu jika BN menang(22/03/2003)
Belajar di Korea - Kementerian bincang dengan JPA, Mara(08/05/2003)
Russia pilihan Mara hantar pelajar perubatan(11/07/2003)
Mara taja tiga pelajar MRSM Jasin ke Moscow(11/07/2003)

 

BERITA DARI AKHBAR / MAJALAH

Kekeliruan bahasa untuk perhubungan


PADA masa ini, rakyat Malaysia agak keliru tentang beberapa aspek bahasa perhubungan dalam masyarakat kita. Mereka kerap tertanya-tanya tentang bahasa apakah yang menjadi bahasa perhubungan di negara ini. Apakah bahasa itu bahasa Melayu, atau bahasa Inggeris? Mengikut amalan orang biasa, gambarannya tidak berapa jelas.

Sebenarnya kekeliruan itu tidak harus timbul. Bahasa perhubungan ialah bahasa yang digunakan untuk berhubung antara sesama kita. Maka jawapan yang paling wajar ialah bahasa itu hendaklah bahasa yang paling sesuai dari pelbagai segi. Kalau bercakap dalam parlimen, pilihannya amat jelas. Kalau membentangkan kertas kerja atau berucap di hadapan audien antarabangsa, pilihannya juga amat jelas.

Mungkin pilihannya tidak begitu jelas dalam konteks kita berbual-bual dengan rakan kita, atau dengan keluarga kita. Perkara ini demikian kerana pilihan bahasa tidak sama bagi semua orang, yang membuat pilihan berdasarkan pelbagai faktor.

Kita berhubung menggunakan bahasa. Pilihan bahasa ini bergantung pada beberapa perkara. Yang pertama ialah kesesuaiannya mengikut situasi. Jikalau situasi itu memerlukan penggunaan bahasa kebangsaan, misalnya situasi perbahasan di parlimen atau ucapan Perdana Menteri di majlis mengadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, maka bahasanya ialah bahasa kebangsaan negara. Amat tidak sesuai jikalau digunakan bahasa lain.

Hal ini berkait dengan status bahasa tersebut sebagai rasmi negara dan bahasa kebangsaan. Akan jatuh maruah kita jikalau kita menggunakan bahasa lain, bahasa yang menjadi bahasa kebangsaan negara lain, untuk tujuan tersebut.

Tetapi jikalau kita berhadapan dengan audien antarabangsa, misalnya dalam suasana membentang kertas kerja atau hasil penyelidikan dalam seminar antarabangsa atau kita menulis surat kepada sebuah agensi antarabangsa, maka wajarlah kita menggunakan bahasa yang difahami pada tahap antarabangsa juga. Bagi rakyat Malaysia bahasa antarabangsa tersebut ialah bahasa Inggeris.

Dalam konteks ini, tidak seharusnya timbul kekeliruan mengenai bahasa mana untuk digunakan dalam perhubungan. Bahasa yang paling sesuai seharusnya menjadi pilihan.

Yang mungkin mengelirukan banyak orang ialah dalam situasi yang tidak begitu jelas sifatnya. Sebagai contoh ialah sewaktu berbual-bual dengan rakan sepejabat berkenaan hal-hal biasa, yakni perkara ringan. Bahasa apakah yang patut digunakan? Atau sewaktu berbual-bual dengan kaum keluarga di rumah, juga tentang perkara-perkara ringan?

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya tidaklah begitu sukar. Kita boleh menggunakan apa sahaja yang selesa dengan kita dan orang yang dilawan bercakap. Jelas bahawa situasinya bersifat tidak rasmi. Maka syarat menggunakan bahasa rasmi negara tidak wujud. Oleh itu, kita bebas memilih apa sahaja bahasa yang kita suka.

Ada orang, disebabkan sifat dwibahasanya, bertukar ganti dalam pilihan bahasa yang digunakan untuk berhubung. Kadang-kadang dia menggunakan bahasa Inggeris, kadang-kadang bahasa Melayu. Lebih kerap, dia mencampuradukkan kedua-dua bahasa, satu amalan yang lumrah dalam masyarakat dwibahasa, tetapi yang tidak mahu kita galakkan kerana ini akan meninggalkan kesan negatif yang lain pula, iaitu tidak menguasai mana-mana bahasa dengan baik.

Ada orang yang menguasai bahasa Melayu lebih baik daripada bahasa Inggeris. Maka bahasa Melayulah menjadi bahasa pilihan untuk berhubung dalam situasi begini. Sebaliknya, yang penguasaan bahasa Inggerisnya lebih baik, atau dia lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris (yang tidak semestinya amat baik tarafnya) sudah tentu akan memilih untuk berhubung dalam bahasa Inggeris.

Pada masa ini, tekanan sedang diberikan kepada bahasa Inggeris, terutama dalam pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains. Ini membuat banyak orang melatah, memberikan keutamaan kepada bahasa Inggeris setiap masa dan meminggirkan bahasa Melayu.

Mereka seolah-olah tidak berfikir panjang lagi. Kepada golongan ini, bahasa untuk perhubungan hanya bahasa Inggeris, dan kadang-kadang kelihatan seolah-olah tidak ada tempat lagi bagi bahasa Melayu di negara ini.

Yang perlu disedari ialah bahawa kita harus membawa perspektif "menang-menang" dalam situasi ini. Dalam zaman globalisasi ini, bahasa antarabangsa amat penting; oleh itu, kita harus menentukan rakyat kita dapat berhubung dengan baik dalam bahasa antarabangsa. Namun, maruah bangsa dan jati diri juga amat penting. Maka, pada tahap negara, penggunaan bahasa kebangsaan, dalam situasi-situasi kebangsaan, tidak seharusnya diabaikan.

Keadaan "menang-menang" yang dimaksudkan ialah keadaan di mana rakyat kita menjadi dwibahasa dalam erti yang sebenarnya, iaitu yang disebut `dwibahasa setara' atau "diambilingual". Dalam keadaan ini, rakyat kita boleh menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sama baik, dan kita boleh bertukar ganti mengikut kesesuaian situasi.



Dengan demikian tidak perlu timbul soalan tentang bahasa perhubungan lagi.




 
AZI
azri61@hotmail.com