Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
Panduan Am
Panduan Peraturan Akses
Dasar Penggunaan Internet
Peraturan Makmal Bitara MRSM
    Lokasi MRSMJ
    Berita

 

MRSMJ

PERATURAN MAKMAL BITARA MRSM

  • Makmal Bitara dikawal oleh Jawatankuasa Teknikal Bitara Maktab.
  • Makmal ini terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan MRSM.
  • Pengguna tertakluk kepada peraturan penggunaan makmal.
  • Setiap orang pengguna hanya boleh menggunakan satu komputer atau workstation sahaja dalam satu masa. Setiap pengguna mesti menggunakan id mereka sendiri.
  • Pengguna tidak dibenarkan menginstall sebarang perisian aplikasi ke dalam komputer.
  • Pengguna tidak dibenarkan menyambung apa-apa peralatan tambahan kepada komputer melainkan dengan kebenaran daripada Jawatankuasa Teknikal Bitara Maktab.
  • Pengguna tidak dibenarkan menggunakan komputer untuk membuat bising atau lagu yang boleh menggangu pengguna lain. Pengguna juga tidak dibenarkan membuat bising seperti menyanyi atau menjerit atau mengadakan sebarang perjumpaan klub di dalam makmal.
  • Pengguna tidak dibenarkan mengalih sebarang peralatan atau perkakasan dari makmal Bitara.
  • Pengguna bertanggungjawab ke atas penjagaan peralatan dan kebersihan makmal semasa menggunakan peralatan di dalam makmal. Pengguna boleh dikenakan caj senggaraan jika kerosakan peralatan/perkakasan didapati berpunca daripada kecuaian pengguna. Pengguna harus membersihkan tempat kerja mereka sebelum meninggalkan makmal.
  • Penyelaras makmal boleh membatalkan kemudahan menggunakan komputer kepada pengguna yang meninggalkan komputer mereka lebih daripada 10 minit serta mengagihkan komputer tersebut kepada pengguna lain.
  • Penyelaras boleh mengenakan caj kepada pengguna yang menggunakan komputer atau pencetak untuk kerja-kerja peribadi.
  • Jawatankuasa Teknikal Bitara Maktab tidak bertanggungjawab ke atas data-data yang disimpan di dalam harddisk komputer di dalam makmal bitara, Pengguna dinasihatkan supaya menyimpan data-data mereka di dalam cakera sendiri.
  • Pengguna tidak boleh makan, minum dan tidur di dalam makmal bitara.
  • Pengguna tidak dibenarkan bermain permainan (games) di makmal bitara. Jawatankuasa Teknikal Maktab berhak menggantung penggunaan ke atas pengguna-pengguna yang didapati telah menyalahgunakan kemudahan yang diberi.
  • Sebarang poster/kenyataan tidak boleh digantung di dalam makmal tanpa kebenaran jawatankuasa Teknikal Bitara Maktab.
  •  

     

    KEMUDAHAN RANGAKAIAN MAKLUMAT

    DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA

     

     

    Pendahuluan

    Bahagian Pendidikan Menengah menyediakan kemudahan komunikasi dan capaian internet untuk menyediakan pelajar-pelajar MRSM dan Kolej MARA menghadapi cabaran zaman teknologi maklumat. BPM percaya yang pelajar-pelajar harus diberi peluang untuk belajar mencari maklumat di samping bertanggungjawab menggunakan kemudahan yang terdapat di maktab (rangkaian maktab)

     

    Maklumat yang tedapat dalam internet amat banyak – dari pengkalan data dan perpustakaan ke laman-laman web yang mengandungi tajuk-tajuk terperinci. BPM juga sedar bahawa maklumat-maklumat yang boleh diperoleh daripada internet tidak ditapis untuk kegunaan pelajar. Walau bagaimanapun, BPM merasakan yang kebaikan pelajar-pelajar MRSM mendapat akses ke maklumat-maklumat di internet melebihi keburukannya.

     

    Kemahiran penyelidikan melalui letronik tmenggunakan internet elah menjadi asas bagi penyediaan pelajar-pelajar menjadi rakyat dan pekerja pada masa depan. BPM akan menggabungkan penggunaan internet melalui kurikulum Bitara untuk mencapai matlamat ini. BPM yakin kemudahan ini akan menjadikan pelajar-pelajar MRSM lebih matang dan bertanggungjawab. Oleh kerana pelajar-pelajar MRSM terdiri daripada pelajar bawah umur, maka kemudahan ini hanya diberi setelah mendapat kebenaran daripada ibubapa atau penjaga melalui borang Dasar Penggunaan Internet. Kemudahan ini adalah kemudahan yang diberi kepada pelajar MRSM dan bukan hak pelajar MRSM. Oleh yang demikian, kemudahan ini boleh ditarik balik jika dirasakan perlu.

     

    POLISI RANGKAIAN MAKLUMAT MAKTAB

    Penggunaan rangkaian maklumat maktab dan internet oleh pelajar dan kakitangan maktab adalah bertujuan untuk pembelajaran dan pengajaran. Capaian ke internet yang di beri kepada pengguna maktab akan dikawal oleh Jawatankuasa Bitara Maktab. Jawatan kuasa akan berusaha untuk menapis capaian internet ini, walaubagaimana pun, jawatankuasa tidak dapat mengawal semua maklumat di internet. Maka, adalah menjadi tanggung jawab pengguna sendiri untuk memilih kualiti dan kandungan maklumat yang bersesuaian. Panduan berikut adalah untuk menjadikan sistem di maktab lebih effisen dan efektif.

    1. Pengawasan
    2. Pihak maktab berhak untuk melihat sebarang maklumat atau data dalam semua akaun penguna yang disimpan di harddisk.

    3. Keselamatan/sekuriti
      1. Setiap pelajar dan kakitangan akan diberi userid dan katakunci. Userid dan katakunci tidak boleh ditukarmilik. Katakunci ini boleh ditukar oleh pengguna sendiri. Pengguna tidak dibenarkan menghebohkan userid dan katakunci masing-masing atau pengguna lain. Pengguna adalah bertanggungjawab ke atas userid dan katakunci masing-masing dan segala aktiviti komputer dan rangkaian yang menggunakan userid dan katakunci tersebut. Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan membuat cubaan untuk meneka atau masuk menggunakan akses userid pelajar lain.
      2. Sekiranya pengguna terjumpa atau mendapati sistem keselamatan maktab telah diceroboh, pengguna mesti memberitahu guru atau pentadbir sistem maktab. Masalah keselamatan ini tidak boleh dihebohkan kepada pelajar lain.
      3. Pengguna dilarang mencuba, menolong pengguna lain menceroboh untuk mendapat akses ke sistem maktab tanpa pengetahuan/kebenaran Jawatan kuasa Bitara Maktab. Fail-fail sistem, configurations, folder dan data teknikal tidak boleh diubah.
      4. Pengguna turut sama bertanggungjawab terhadap keselamatan data/maklumat yang terdapat dalam komputer dan rangkaiannya. Oleh yang demikian, pengguna perlu juga mengawasi sesama pengguna sendiri agar tiada virus atau perisian yang boleh merosakkan fail di’masuk’kan ke dalam komputer atau rangkaian maktab.
      5. Pihak maktab tidak dapat menjamin keselamatan/kesulitan data/maklumat yang disimpan di server maktab

    4. Penguna-penguna internet perlu mematuhi Dasar Penggunaan internet (dilampirkan) dan penguna-penguna yang terdiri daripada pelajar-pelajar bawah umur dikehendaki mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga dengan mengisi Borang Dasar Penggunaan Internet.
    5. Organisasi atau pertubuhan lain mempunyai peraturan tersendiri. Pengguna bertanggungjawab menurut peraturan tersebut apabila melawat /mengakses laman-laman /kemudahan sumber mereka.
    6. Hakcipta
      Pihak maktab telah menginstall perisian dan perisian aplikasi untuk kegunaan ahli keluarga maktab. Pengguna tidak dibenarkan untuk menginstall perisian mereka sendiri untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan dan melanggar undang-undang hakcipta negara.
    7. Fail sistem yang terdapat di server boleh digunakan tetapi tidak boleh disalin kerana undang-undang hakcipta dan perlesenan perisian.

    8. Sebarang cubaan untuk memusnahkan, mengubah, data-data pengguna lain atau sistem rangkaian maktab di tafsirkan sebagai satu kesalahan berat dan kemudahan yang diberi kepada pengguna boleh ditarik balik. Pengguna juga dilarang daripada membuat atau ‘uploading’ virus komputer, memusnahkan sistem rangkaian maktab atau menggangu data pengguna-pengguna lain yang menggunakan rangkaian maktab
    9. Penguna dilarang daripada menghantar mel-mel yang tidak berfaedah kepada pengguna-pengguna lain.
    10. Semua pengguna dikehendaki mematuhi etika rangkaian maktab. Antaranya ialah:
      1. Tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang dilarang oleh undang-undang MRSM, MARA dan kerajaan Malaysia.
      2. Tidak mengganggu rangkaian pengguna lain semasa menggunakan rangkaian maktab.
      3. Komunikasi dan maklumat yang terdapat daripada rangkaian adalah hakmilik persendirian. Pengguna tidak boleh menyebarkan atau menggunakannya tanpa kebenaran .

    11. Bahan Kontroversi
    12. Kadang kala pengguna akan mendapat atau terjumpa bahan-bahan/maklumat yang di anggap sesitif atau kontroversi. Apabila ini berlaku, adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk melaporkan kepada jawatankuasa teknikal Bitara maktab dan tidak menghebahkannya kepada pengguna lain.

       

    13. Penyalahgunaan rangkaian maklumat
      Antara nya ialah:
      1. Menggunakan rangkaian komunikasi maktab untuk surat berantai (chain-letters). Ia tidak berfaedah dan akan membebankan lagi rangkaian maktab.
      2. Downloading, menyimpan, membuat, menghantar atau mencetak fail atau mel yang lucah, sensitif atau menggunakan bahasa atau grafik yang boleh menyinggung atau merendahkan seseorang.
      3. Memberi maklumat peribadi atau bersetuju untuk bertemu dengan seseorang yang dikenali melalui internet.
      4. Menjalankan aktiviti pengiklanan. Pengguna dilarang menggunakan rangkaian untuk melobi atau mengiklan. Kemudahan yang diberi tidak boleh digunakan untuk penipuan atau membuat kenyataan palsu atau kenyataan yang tidak benar.
      5. Menyebarkan bahan yang menyalahi undang-undang kerajaan termasuk meyebarkan bahan yang dilindungi oleh hakcipta, bahan yang mengugut atau lucah atau bahan yang dilindungi oleh undang-undang kerajaan.
      6. Membuka fail orang lain walaupun fail tersebut boleh diakses.
      7. Menyalin/menukar/mengedit fail pengguna lain tanpa kebenaran.
      8. Melarikan /mejalankan perisian untuk ‘hack’ katakunci atau ‘beat the license’
      9. Monopoli peralatan yang ada atau menyalahgunakan kemudahan komputer seperti
        • Mencetak bahan yang tidak diperlukan atau berlebihan
        • Membuang masa melayari laman-laman di internet yang tidak berfaedah
        • Melakukan carian yang tidak diperlukan di internet atau CD ROM
      10. Jawatankuasa Bitara Maktab berhak menarik balik hak keistemewaan yang diberikan kepada Pelajar (penggunaan komputer di makmal bitara) jika didapati pelajar tersebut telah melanggar atau tidak mematuhi peratuan-peraturan yang telah ditetapkan.
      11. Pihak maktab tidak dapat menjamin dan tidak bertanggungjawab ke atas segala ‘kerosakan’ data yang di alami oleh pengguna. (data hilang disebabkan oleh kerosakan peralatan atau putus bekalan letrik).


     
    AZI
    azri61@hotmail.com