Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
Panduan Am
Panduan Peraturan Akses
Dasar Penggunaan Internet
Peraturan Makmal Bitara MRSM
    Lokasi MRSMJ
    Berita

 

MRSMJ

DASAR PENGGUNAAN INTERNET

(Internet Acceptable Use Policy)

PROJEK PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BESTARI

Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA

______________________________________________________

 

SYARAT-SYARAT, PERATURAN DAN KEGUNAAN BAGI PELAJAR

1. Pengenalan

Tujuan utama kemudahan akses Internet ialah untuk pembelajaran.

2. Akses Internet

2.1 Semua pelajar diberi kemudahan akses kepada sumber-sumber maklumat Internet. Kemudahan akses ini ialah kemudahan istimewa yang diberi dan bukan hak pelajar.

2.2 Pelajar, serta ibu/bapa/penjaga dikehendaki menandatangani perjanjian pada awal tahun persekolahan sebelum akses dibenarkan.

2.3 Kebenaran daripada maktab mesti diperoleh sekiranya pelajar ingin membina halaman web. Kandungan web ini mesti berkait dengan MRSM/KM dan/atau aktiviti-aktiviti pembelajarn, kokurikulum dan persediaan kerjaya. Sila rujuk kepada polisi web MRSM/KM.

2.4 Pelajar hanya dibenarkan menyertai kelompok-kelompok perbincangan yang relevan dengan perkembangan pembelajaran dan kerjaya.

2.5 Pelajar dikehendaki menyemak melnya dan memadamkan apa yang tidak diperlukan lagi. Pelajar mestilah sentiasa mengawasi keadaan kuota melnya. Penghantaran mel-mel berangkai tidak dibenarkan.

    1. Pelajar mesti mendapatkan kebenaran daripada maktab sekiranya
    2. ingin "download" sesuatu fail.

    3. Pelajar hanya melakukan ‘surfing’ untuk tujuan pembelajaran

 

 

3. Etika Perhubungan Melalui Internet (Netiquette)

3.1 Pelajar mestilah sentiasa mengguna bahasa yang sopan:

penggunaan bahasa lucah, kasar dan biadap tidak dibenarkan

3.2 Edaran bahan-bahan lucah tidak dibenarkan

3.3 Pelajar tidak dibenarkan mengedar(pos) butir-butir peribadi diri atau orang lain

3.4 Pelajar tidak dibenarkan "menyerang" atau mencela/mengeji mana- mana individu atau organisasi.

3.5 Pelajar tidak dibenarkan mengakses fail-fail orang lain.

3.6 Pelajar dikehendaki mendapatkan kebenaran penghantar mesej sekiranya ingin edarkan mesej berkenaan kepada individu-individu lain.

3.7 Pelajar tidak dibenarkan berjumpa dengan sesiapa yang dikenali atau memberi maklumat peribadi melalui Internet.

3.8 Pelajar diingatkan bahawa kerahsiaan mel-mel elektronik (e-Mail) tidak terjamin. Pihak yang mengawasi sistem boleh mengakses semua mel. Jika terdapat surat-menyurat yang berkait dengan aktiviti yang menyalahi peraturan dan undang-undang, surat-surat ini boleh di ketengahkan dan tindakan boleh diambil terhadap mereka.

3.9 Sebaran berita angin tidak dibenarkan

 

4. Keselamatan Sistem

4.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga akaun aksesnya sendiri

4.2 Pelajar tidak dibenarkan memasuki sistem melainkan dengan mengguna akaunnya sendiri. Pelajar juga tidak dibenarkan memberi kebenaran kepada pelajar lain menggunakan akaunnya

4.3 Pelajar dikehendaki melaporkan masalah keselamatan yang dikenal pasti tanpa menghebahkan perkara ini. Pelajar juga tidak dibenarkan memperbetulkannya sendiri tanpa kebenaran.

4.4 Pelajar tidak dibenarkan merosakkan sistem komputer atau data dengan apa jua cara, seperti pengedaran virus komputer.

4.5 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan sistem komputer maktab dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

4.6 Pelajar yang dikenal pasti sebagai risiko keselamatan (kerana pernah melanggar peraturan-peraturan sistem komputer lain) boleh dihalang mendapat akses.

 

 

5 Menciplak Dan Melangar Undang-Undang Hak Cipta

5.1 Pelajar tidak dibenarkan menciplak bahan yang diperolehnya

5.2 Pelajar perlu mematuhi panduan tentang cara bagaimana boleh menggunakan bahan-bahan yang diperoleh tanpa melanggar undang- undang hak cipta.

 

6. Bahan-Bahan Tidak Sesuai

6.1 Sekiranya pelajar terjumpa bahan-bahan yang tidak sesuai (lucah), pelajar bertanggungjawab untuk tidak menerokainya.

6.2 Halaman-halaman yang ditemui yang mengandungi maklumat salah mesti dilaporkan kepada guru

6.3 Halaman-halaman yang ditemui dan dikategorikan sebagai halaman maklumat tentang agama Islam tetapi mengandungi maklumat yang bercanggah dengan Islam mesti dilaporkan kepada guru

 

 

7. AM

7.1 Kemudahan akses kepada Internet akan ditarik balik, sekiranya pelajar tidak mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang ada.

7.2 AJK Bitara MRSM berhak menyekat bahan-bahan yang diakses atau dihantar oleh pelajar jika perlu.

7.3 Pelajar tidak boleh menggunakan akses untuk sebarang kegunaan komersil.

7.4 Segala salah laku yang berkaitan dengan penggunaan Internet yang tidak terkandung dalam peraturan di atas akan dikenakan tindakan tertakluk kepada peraturan maktab dan undang-undang negara.

 

 

DASAR PENGGUNAAN INTERNET

(Internet Acceptable Use Policy)

PROJEK PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BESTARI

Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA

______________________________________________________

PERJANJIAN DAN PERMOHONAN AKAUN INTERNET PELAJAR DAN KEBENARAN IBU/BAPA/PENJAGA

Saya...................................................................................................................telah membaca Dasar Penggunaan Internet (Internet Acceptable Use Policy) MRSM/KM dan faham kandungannya.

Saya berjanji akan menjaga hak istimewa ini dan bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan-peraturan seperti yang telah digariskan.

Saya faham bahawa kemudahan akses kepada Internet diberi khas untuk tujuan pembelajaran. Saya faham bahawa, sekiranya syarat-syarat dan peraturan-peraturan tidak dipatuhi, kemudahan ini akan ditarik balik dan tindakan disiplin boleh dikenakan terhadap diri saya.

Saya faham bahawa maktab dan/atau guru-guru tidak bertanggungjawab atas bahan-bahan yang disebar dan diperoleh melalui Internet.

Saya juga berjanji akan melaporkan sebarang salah guna Internet kepada pihak Maktab.

Tandatangan Pelajar:_____________________K.P.__________________

Tingkatan: ________ No. Maktab:____________ Tarikh:____________

Saya..........................................................................................ibu/bapa/penjaga pelajar

di atas telah membaca Dasar Penggunaan Internet (Internet Acceptable Use Policy) MRSM/KM dan faham isi kandungannya. Dengan ini, saya membenarkan anak/jagaan saya menggunakan kemudahan Internet di maktab.

Saya faham bahawa, sekiranya syarat-syarat dan peraturan-peraturan tidak dipatuhi, kemudahan ini akan ditarik balik dan tindakan disiplin boleh dikenakan terhadap anak/jagaan saya.

Saya faham bahawa maktab dan/atau guru-guru tidak bertanggungjawab atas bahan-bahan yang disebar dan diperoleh melalui Internet.

Tandatangan ibu/bapa/penjaga/:____________________________

Nama ibu/bapa/penjaga; ____________________________

No. Kad Pengenalan: ____________________________

Tarikh: ____________________________



 
AZI
azri61@hotmail.com