Link web anda di dalam Laman MRSMJSila Catatatkan sesuatu disini Melihat Catatan Pelawat
<BGSOUND src="images/user_bgsound.mid" loop=infinite>

Home Keputusan Peperiksaan Pengambilan Pelajar Link Pilihan Displin Pelajar Lokasi MRSMJ ---
   =    Sejarah MRSMJ Hubungi MRSMJ







    Home
    Keputusan Peperiksaan
    Proses Pengambilan Pelajar
    Link Pilihan
    Displin Pelajar
Panduan Am
Panduan Peraturan Akses
Dasar Penggunaan Internet
Peraturan Makmal Bitara MRSM
    Lokasi MRSMJ
    Berita

 

MRSMJ

PANDUAN AM

ADAB PERATURAN

&

BUDAYA MRSM

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

JASIN

MELAKA

PANDUAN ADAB PERATURAN & BUDAYA MRSM

PENGENALAN 1.1 FALSAFAH MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatan kualiti dan kebergunaan manusia kepada diri sendiri, masyarakat dan Tuhan. Kami yakin bahawa sekolah yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Di samping itu setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.

1.2 OBJEKTIF MRSM

1 . Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik, cergas fizikal, sempurna sahsiah, kukuh iman, berdaya saing, saintifik dan global.
2. Mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif dan memberangsangkan untuk pembelajaran.
3. Mewujudkan sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.
4. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam Teknologi Maklumat.
5. Melahirkan pelajar--pelajar yang cekap berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
6. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
7. Mempastikan ciri-ciri Budaya MRSM dihayati dan diamalkan oleh seluruh warga MRSM.
8. Melahirkan pelajar--pelajar yang cinta kepada negara, bangsa dan agama.

1.3 A. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP DIRI SENDIRI

Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani
Bersopan, jujur dan amanah         
Menghargai masa dan menepati masa
- Berjimat cermat
- Bersifat sederhana dan tidak sombong
- Sabar dan bertolak ansur
- Menghorrnati hak asasi orang lain
- Berani dan cekal hati              
- Bersikap dedikasi
- Bersikap berdikari
- Bersifat rajin dan berusaha
- Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang Bekerjasama      dalam semua hal kebajikan
- Menyuruh kepada makruf dan mencegah yang mungkar

B. TANGGUNGJAWAB PELAJAB TERHADAP AGAMA

Taat kepada perintah Allah
Mempertahankan kesucian Agama
Mendalami, mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian
Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan Agama
Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat

C. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP KELUARGA

Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikan seorang berpendidikan dan bermoral tinggi
Menjaga nama baik keluarga
Menghormati sahabat/kenalan keluarga

D. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP MASYARAKAT

Tolong menolong dan bekerjasama
Menghormati orang-orang yang lebih tua
Suka bertolak ansur
Menghormati Agama,pantang larang dan adat resam suku bangsa lain
Bersifat toleran
Rasa bersefahaman dan sabar
Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat/kebajikan
Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar
Memelihara kerukunan hidup berjiran
Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencermaan budaya

E. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP MAKTAB

                    - Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan maktab
                    - Menghormati guru-guru-dan kakitangan
                    - Belajar bersungguh-sungguh
                  - Menaikkan imej maktab dalam semua bidang
                    - Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral yang tinggi
                    - Bekerjasama dan bersatu padu tanpa mengira unit/MRSM
                    - Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh unit dan maktab
                    - Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh maktab/MARA dengan baik

F. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP NEGARA


- Mencintai Negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara
- Mematuhi Undang-Undang
- Mengamalkan prinsip Rukunegara
- Menjaga kemudahan-kemudahan awam
- Menjaga dan menaikan imej negara
- Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia
- Memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi Negara

1.4 BUDAYA MRSM

1. DEFINASI Budaya MRSM ialah cara berfikir dan bertindak yang menjadi amalan dan pegangan hidup warga MRSM

2. MATLAMAT

Membentuk identiti Pelajar MRSM/Kolej MARA melalui amalan yang dipupuk menerusi Budya MRSM.

3. OBJEKTIF

Objektif Budaya MRSM ialah membolehkan pelajar-pelajar:
3.1 Mengamalkan cara bertindak atau berkelakuan pada tahap yang sangat baik, bijaksana, bersopan santun dan sentiasa berusaha mencapai tahap yang terbaik dalam pelbagai bidang.
3.2 Mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko, komited, proaktif, boleh berdikari, tekal dan cekal.
3.3 Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan dan meningkatkan ilmu sehingga menemu dan membina ilmu pengetahuan.
3.4 Memupuk ciri-ciri kepimpinan seperti bersemangat, berani, yakin, tegas, bertanggungjawab, bijak berbahasa dan berwibawa.
3.5 Menyemai perasaan empati, prihatin, hormat menghormati, bersedia membantu orang lain, sedar perbezaan yang wujud antara individu, sayang harta benda dan alam sekitar.
3.6 Mengamalkan kepersisan bahasa baik Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.
3.7 Mengamalkan berfikir secara kreatif, kritis, inovatif dan rasional disamping mempunyai daya cipta yang tinggi.
3.8 Menghargai masa dan mengamalkan budaya sihat dengan menjaga kebersihan, kesihatan dan rupa diri.
3.9 Menghayati seni keindahan (estatik), mengamalkan hidup muafakat dan rapat menunjukkan kecintaan terhadap perjuangan bangsa dalam mendaulatkannya.

4. RASIONAL

4.1 Memberi penekanan dan penyeragaman pelaksanaan budaya di seluruh MRSM dan Kolej MARA
4.2 Memberi kesedaran dan penglibatan yang menyeluruh kepada warga MRSM/Kolej MARA untuk melaksanakannya secara terancang
4.3 Mendapatkan pemuafakatan seluruh warga MRSM/Kolej MARA mendidik pelajar supaya menjadi insan yang mempunyai keperibadian mulia.
4.4 Menyumbang dalam mewujudkan kelas Menengah Melayu yang berjiwa besar untuk pembangunan dan kemajuan negara.

5. CIRI-CIRI BUDAYA MRSM

5.1 Budaya Cemerlang
Cara berfikir cara bertindak/berkelakuan pada tahap yang sangat baik. Sentiasa berusaha mencipta tahap yang terbaik dalam pelbagai bidang.
5.2 Budaya Keusahawanan Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko di samping mempunyai sikap proaktif, komited, tekal dan cekal,
5.3 Budaya Ilmu Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan,meningkatkan ilmu di samping menemu dan membina ilmu pengetahuan
             5.4 Budaya Kepimpinan
Bersemangat dan mempunyai ciri-ciri untuk rnemimpin, berani, yakin, tegas,bertanggungjawab, bijak berbahasa dan berwibawa.
       5.5 Budaya Penyayang
Mempunyai perasaan empati, prihatin, hormat menghormati, bersedia membantu orang lain, sayang harta benda dan alam sekitar
             5.6 Budaya Kepersisan Bahasa
Marnpu berbahasa dengan bijak, tepat, Bahasa dan jitu. Boleh, menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan Baik
            5.7 Budaya Berfikir
Dapat berfikir secara kreatif, kritis inovatif, proaktif dan rasional.
             5.8 Budaya Saintifik
Mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang kehadapan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
             5.9 Budaya Menghargai Masa
Dapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.
           5.10 Budaya Sihat
Menjaga kesihatan dan rupa diri bersihfizikal, mental dan spiritual dan mengamalkan gaya hidup sihat.
           5.11 Budaya Estetik
Menghayati seni dan keindahan(estetik). Boleh menghasil sesuatu yang    indah darn dapat diterirna oleh orang lain.
         5.12 Budaya Muafakat (Jamie)
Mengamalkan semangat bekerjasama, bantu membantu dan semangat persaudaraan (espirit de corps)
          5.13 Budaya Jati
Diri Mengenal asal usul dan adat resam serta menunjukkan kecintaan terhadap perjuangan bangsa dalam mendaulatkannya.
          5.14 Budaya Beradap
Mempunyai (menunjukkan adab, berbudi bahasa, bersopan santun dan maju dalam tingkat kehidupan (jasmani dan rohani).
          5.15 Budaya Berdikari>
Mempunyai dorongan dalaman untuk mernbina, mengarah dalam mencapai     matlamat sendiri (self directed)


2. PENTADBIRAN ASRAMA

2. MATLAMAT KEHIDUPAN DI ASRAMA
2.1.1 Mewujudkan satu suasana yang selesa, tenteram, tidak terancam dan kasih sayang di kalangan pelajar yang berasal daripada pelbagai latarbelakang.
2.1.2 Memberikan perkhidmatan yang menggalakan proses pembelajaran yang lebih berkesan.
2.1.3 Memberikan kemudahan yang saksama dan adil untuk dinikmati oleh semua pelajar.
2.2 OBJEKTIF PENTADBIRAN ASRAMA<
2.2.1 Membantu pihak pengurusan Maktab menyalurkan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
2.2.2 Mengurus semua aktiviti pelajar di asrama
2.2.3 Member! keselesaan kepada semua penghuni asrama
2.2.4 Memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar.


3. PERATURAN MAKTAB

3.1 Adab & Kod Pakaian Pelajar
Warna-warna pakaian seragam Maktab dan jenis-jenis fesyen yang dibenarkan adalah menurut seperti yang dibekalkan oleh maktab. Semua jernis Jeans dan baju T yang berciri nilai negatif (seperti kata-kata lucah,gambar binatang) tidak boleh dipakai. Sebarang barang kemas dan barangan berharga dilarang dibawa ke Maktab.
3.1.1 Keluar/masuk mesti guna kad kuning.
Pakaian seragaam lengkap ikut kod Pakaian
Balik/Pulang bercuti : Pakaian keluar ke Bandar
Pelajar balik kampung selepas 2.00 pm Jumaat (pada hari yang ditetapkan)
Kembali sebelum 6.0 0 PM.
Pada haripersekolahan,aktiviti-aktiviti akademik dan kokurikulum sahaja yang dibenarkan di luar maktab kecuali mendapat kebenaran Penolong Pengetua dan Pengetua sahaja.
3.1.2 Keluar Bersukan/Rekreasi
Berpakaian sukan dan berkasut dan berstokin. Pelajar lelaki dan perempuan memakai seluar track bottom, baju T-berkolar, berlengan panjang bagi puteri dan lengan pendek bagi putera.
3.1.3 Pakaian masa aktiviti Agama
(a) Sembahyang Jumaat
Berpakaian lengkap baju Melayu, bersampin warna maktab dan bersongkok hitam/biru gelap. Pelajar dibenarkan memakcd sandal. Mesti berhimpun jam 12.55 pm untuk ke masjid.
(b) Menghadiri Program Agama di Surau
Berbaju Melayu atau baju T berkolar (tidak bergambar), berkain pelikat dan bersongkok/berketayap putih sahaja bagi pelajar putera, pelajar puteri dikehendaki berpakaian kemas dan bertudung kepala (menutup aurat)
(c) Acara-acara Rasmi Negara
Pelajar Putera berpakaian Baju Melayu lengkap Pelajar Puteri berbaju kurung dan bertudung kepala
3.1.4 Pakaian ke kelas
Berpakaian seragam maktab termasuk kad matriks, tali leher dan kasut hitam sepenuhnya. Rujuk Lampiran A m/s. 27 dan Lampiran B m/s. 28. Pemakaian songkok hitam sahaja dibenarkan.
3.1.5 Perhimpunan Acara Rasmi
Pelajar Putera Warna rasmi MRSM, iaitu seluar coklat dan baju berwarna Kuning muda dan bertali leher serta kad matriks.
TaliPinggang berwarna gelap iaitu hitam atau coklat.
Pelajar Puterl Pakaian seragam rasmi maktab, kasut hitam dan berstokin gelap serta memakai kad matriks.
3.1.6 Adab Pakaian ke Dewan Makan
a) Pada hari persekolahan, minum pagi dan makan tengah hari, Pakaian adalah seperti ke kelas.
b) Pada hari minggu dan cuti am, minum pagi, makan tengah hari, pakaian mestilah kemas dan bersih. Pakaian sukan dan berselipar jepun tidak dibenarkan.
c) Minum teh Pakaian mestilah kemas dan bersih, tertakluk kepada maktab.
d) Makan rnalam Pakaian kemas dan bersih, tertakluk kepada maktab
e) Pemakaian seluar pendek dan tiga suku tidak dibenarkan sama sekali.
3. 1'. 7 Adab pakaian ke Bangunan Akademik ,(Bukan waktu persekolahan/semasa kelas persediaan)
Pelajar-Pelajar mestilah berpakaian kemas dan bersih berkemeja atau T-shirt berkolar disisip ke dalam dan berkasut. Pemakaian songkok hitam atau kopiah putih sahaja dibenarkan.
Bagi pelajar puteri, tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata. Track bottom hanya dibenarkan pakai pada waktu rekreasi atau sukan
3-1.8 Adab Pakaian Waktu Kelas Tambahan/Kelas Gantian
a) Sekiranya kelas tambahan/gantian diadakan semasa waktu yang dijadualkan dalam jadual waktu persekolahan, pakaian hendaklah sama seperti ke kelas.
b) Sekiranya ia diadakan di luar waktu yang dijadualkan. Pelajar-Pelajar memakai pakaian sepertimana ke kelas. Bagaimanapun, baju T berkolar boleh dipakai dengan kebenaran
3.1.9 Adab Pakaian Semasa Aktiviti Ko-Kurikulum
Di dalam bangunan akademik pakaian sama seperti 3.1.8
c) Di luar bangunan akademik sama seperti 3.1.8 (b)
3. 1. I 0 Adab Pakaian Semasa Lawatan
a) Lawatan Rasmi
Pelajar-pelajar dikehendaki berpakaian seperti ke kelas
b) Lawatan Tidak Rasmi
Pelajar-pelajar di kehendaki berpakaian kemas, sopan, bersih dan bersesuaian iaitu pakaian batik rasmi maktab.
3. 1.1 1 Adab Pakaian Pertubuhan Pelajar
Seperti yang ditetapkan oleh maktab atau pertubuhan yang berkenaan.
3.1.12 Adab Pakaian Ke Bilik Guru/Pejabat
Pada waktu persekolahan, pakai pakaian seragam maktab bersama kad matriks dan berkasut.Pada waktu lain, pakai pakaian kemas, bersama kad matiks dan berkasut.
Baju T tidak berkolar adalah dilarang.
Kegagalan mematuhi Peraturan di atas, menyebabkan anda tidak dibenarkan masuk ke bilik guru/pejabat.
3.2 KAD MATRIK PELAJAR
Semua pelajar, dikehendaki memakai kad matriks pelajar di dada baju sebelah kiri pada waktu kelas, lawatan rasmi dan acara rasmi maktab.
3.3 ADAB DAN PERATURAN KELUAR KAMPUS
a) Pelajar dibenarkan keluar pada hujung minggu sahaja mengikut giliran.
b) Pada hari-hari kelepasan arn kebenaran keluar adalah tertakluk kepada Maktab
c) Balik bermalam
Pelajar hanya dibenarkan pulang bermalam pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. (Tertakluk kepada Maktab)
3.3.1 Masa Keluar Kampus
Minggu1 Pelajar lelaki
Minggu 2 Pelajar Perempuan
Sabtu l0.00 pagi hingga 6.00 petang
Kebenaran keluar bersama ibu bapa pada hari Sabtu/Ahad boleh didapati dari warden atau LDP tertentu.
3.3.2 Peraturan Pulang Bermalam
a) Borang atau surat permohonan hendaklah dialamatkan kepada Pengetua dan mestilah diterima SEMINGGU sebelum tarikh pulang.
b) Borang atau surat permohonan bermalam perlu mendapat kelulusan dari Pengetua atau Penolong Pengetua HEP sahaja
c) Pelajar mesti menghantar kad kuning ke pondok jaga semasa pulang bermalam dan mengambilnya semula sebalik sahaja kembali ke maktab.
3.3.3 Kebenaran Keluar Kampus
a) Pelajar mestilah mendapat tandatangan kebenaran dari warden bertugas/LDP tertentu dan menghantar kad kuning ke pondok jaga semasa keluar dan mengambilnya semula apabila kembali ke maktab.
b) Pelajar yang ingin keluar bersama guru (keluar kampus) atas sebab-sebab tertentu mestilah mendapat kebenaran dari Pengetua Penolong Pengetua/Ketua Warden.
3.4 ADAB PERATURAN KEIAS PERSEDIAN (PREP)
Pelajar MESTI HADIR dan berada dalam kelas persediaan yang telah ditetapkan.
b) Pelajar tidak dibenarkan membawa 'walkman'atau radio, majalah atau bahan-bahan bukan akademik.
Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan asrama pada waktu kelas persediaan.
d) Aktiviti-aktiviti seperti jamuan, mesyuarat dan sebarang jenis perjumpaan tidak dibenarkan pada waktu kelas persediaan kecuali dengan kebenaran Ketua Warden.
e) Pelajar yang sakit boleh berada di asrama dengan kebenaran warden.
3.5 ADAB DAN PERATURAN BILIK REHAT/REKREASI
3.5.1 Penggunaan TV
a) . TV tidak boeh ditonton pada malam-malam persekolahan
b) Pelajar hanya dibenarkan menonton TV pada hujung minggu. (masa tertakluk kepada maktab)
3.5.2 Suratkhabar/Majalah
a) Majalah dan bahan-bahan bacaan yang dibenarkan oleh pihak maktab sahaja dibenarkan berada di bilik rehat
b) Semua majalah/suratkhabar hendaklah diletakkan di tempat asalnya setelah dibaca
c) Majalah/suratkhabar tidak dibenarkan dibawa keluar dari bilik rehat.Kebersihan dan kekemasan bilik rehat hendaklah dijaga dengan rapi.
3.6 ADAB PERATURAN KESELAMATAN DI ASRAMA
3.6.1 Penggunaan Peralatan Elektrik
a) Semua peralatan elektrik persendirian tidak boleh digunakan.
b) Hanya cerek automatik dan sterika elektrik yang disediakan oleh pihak maktab di bilik utiliti sahaja yang boleh digunakan.
c) Sambungan secara haram kesebarang alat elektrik tidak dibenarkan.
d) Pastikan plag ditanggalkan dari soket selepas digunakan.
e) Jangan gunakan sebarang peralatan elektrik semasa kilat.
f) Pastikan semua suis dimatikan/ditutup selepas anda menggunakan elektrik atau sebelum meninggalkan asrama.
g) Sebarang kerosakan berkaitan dengan elektrik hendaklah dilaporkan segera kepada warden anda. Jangan cuba baiki sendiri.
Jangan sentuh sebarang alat elektrik yang sedang digunakan jika tangan anda basah.
3.6.2 Adab Dan Peraturan Keselamatan Diri / Hartabenda Semasa Kebakaran
a) Bila anda mendengar isyarat berlaku kebakaran / terhidu bau asap, perkara pertama yang mesti dilakukan ialah menyelamatkan nyawa Anda dan Rakan Anda.
b) Segera beri amaran kepada rakan seasrama dengan menjerit sekuat mungkin perkataan "Api. ..Api..Api....
c) Sila hubungi bomba yang berhampiran
d) Selamatkan barang-barang berharga kepunyaan anda seperti kad pengenalan, Sijil-sijil Penting, Buku Pelajaran dan Wang jika anda berupaya membawanya dengan mudah. Jika kebakaran sudah marak lupakan barang-barang tadi dan anda perlu selamatkan nyawa anda dahulu.
e) Jika anda mengetahui ada rakan anda tidak berupaya untuk bergerak keluar dari asrama disebabkan pengsan, cedera dan sebagainya bantulah beramai-ramai dengan membawanya keluar.
f) Keluarlah dari asrama secepat mugkin melalui pintu yang berharnpiran dengan anda (seperti dalam pelan setiap asrama)
g) Bergeraklah dengan pantas tapi teratur meninggalkan asrarna menuju tempat yang ditetapkan. Berkumpul di tempat tersebut.
3.6.3 Adab Dan KeselamatanWang Di Asrama
I . Wang Tunai
a) Pelajar tidak dibenarkan menyimpan wang tunai di tangan lebih dari RM 10.00
b) Wang tunai yang berlebihan mesti disimpan dalam bank, bank Koop atau pada guru penasihat keluarga pelajar
c) Pelajar hendaklah menyimpan wang di tempat yang selarnat
2. Kad ATM (Buku Akaun Simpanan Giro (BSN)
a) Semua pelajar mesti mempunyai kad GIRO (BSN)
b) Semua kad ATM mesti, disimpan di tempat yang selamat
c) Jangan simpan nombor PIN bersarna-sarna dengan kad ATM
d) Jcmgan meminta bantuan orang lain untuk mengeluarkan wang dengan kad ATM anda.
e) Pelajar digalakkan menyimpan kad ATM kepada guru penasihat.keluarga pelaja:r.
f) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan kehilangan kad ATM dengan segera.
3.6.4 Adab Dan Keselamatan Umum
a) Kegunaan lengkaran ubat nyamuk, pelita dan hlin adalah 'TIDAK dibenarkan kecuali di didalam bekas ubat nyamuk yang khas
b) Setiap penghuni asrama seharusnya tahu menggunakan alat pemadam api semasa berlaku kebakaran.
c) Jika berlaku kecemasan sila hubungi guru asrama/ketua guru asrama/jaga dengan segera.
d) Kemudahan "first- aid" boleh didapati daripada warden bilik /sakit/Pondok Jaga.
3.7 Adab Dan Peraturan Bilik Sakit
3.7.1 Pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan rawatan pada waktu persekolahan mestilah mendapatkan kebenaran guru subjek pertama/warden/pentadbiran terlebih dahulu.
3.7.2 Selepas itu pelajar berkenaan hendaklah melaporkan diri kepada pegawai Eksekutif (Pen. Pengurus Asrama) dengan menunjukkan surat kenyataan sakit. Sekiranya pelajar itu tidak berdaya, beliau perlu mendapat bantuan daripada kawan-kawannya untuk melaporkan kepada pegawai berkenaan.
3.7.3 Pada waktu persekolahan pelajar sakit tidak dibenarkan berada di asrama tetapi di bilik sakit/sick bay sahaja dengan kebenaran.
3.7.4 Pelajar yang hendak keluar dari bilik ini wajib memberitahu Pen. Pengurus asrama / Ketua Warden.
3.7.5 Kebersihan dan kekemsan bilek ini mestilah sentiasa dijaga.
3.7.6 Jangka masa tinggal di Bilik Sakit tertakluk kepada keperluan dan jenis penyakit.
3.7.7 Untuk pelajar yang mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua/Pen. Pengetua/Ketua Warden untuk berehat di Bilik Sakit akan dikecualikan daripada kelas formal
3.7.8 Penyakit Berjangkit
Pelajar berkenaan dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapat pengesahan doktor dan kebenaran Pengetua/Pen.Pengetua/Ketua Warden.
-3.8 ADAB DAN PERATURAN BILIK ASRAMA
3.8.1 Bilik tidur/kebersihan bilik di asrama

1. Bilik rnestilah kemas dan sentiasa bersih dari segi katil, almari, kasut, pakaian
2. Kad Asrama (locker tag) mesti diletakkan di bahagian luar almari
3. Barang-barang di kaunter mestilah disusun dengan kemas.
4. Sampah mestilah dimasukkan kedalam bakul sampah
5. Hanya gambar dan poster yang dibenarkan oleh maktab boleh
ditampal. Gambar personaliti sukan atau hiburan tidak dibenarkan sarna sekali.
6. Cadar dan sarung bantal berwarna putih mesti sentiasa dipasang dan ditegangkan 8. Pakaian yang kering mesti dilipat dengan kemas dan disimpan di dalam almari.
9. Pakaian yang basah disidai di ampaian yang disediakan di luar asrama dan bukan di dalam blok, Pastikan semua pakaian yang disidai,diangkat sebelum pukul 7.00 petang (termasuk yang basah)
10. Pakaian yang jatuh hendaklah diambil segera. Jika tidak, pakaian akan diambil oleh pihak Maktab.
11. Barang-barang tidak dibenarkan diletak di atas almari kecucdi Al-Quran, songkok dan sejadah.
12. Paip-paip air hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan.
13. Jimatkan air seberapa yang boleh.
14. Dilarang melektak buku di tingkap-tingkap asrarna pada sebarang waktu.
15. Kasut hendaklah disimpan di tempat-tempat yang dibenarkan. Selipar hanya dibenarkan dipakai dalam kawasan asrama sahaja.
16. Sebarang alat muzik tidak dtbenarkan disimpan atau dinainkan dalam kawasan asrama.
17. Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap hari sebelum kelas dimulakan. Pastikan baldi yang berisi pakaian kotor diletakkan dalam bilik air.
18. Makanan yang berbau tidak dibenarkan disimpan di bilik.
19. Sebarang pengubahsuaian tidak boleh dilakukan dalam bilik-bilik asrama.
20. Pelajar tidak dibenarkan balik/berada di dalam asrama semasa kelas akademik/prep.
3.8.2 Adab dan Peraturan Lampu Padarn
1 . Pelajar-pelajar mesti berada di katil masing-masing pada pukul 11.30 malam
2. Jam 11.30 malaim lampu mesti dipadamkan
3. Pelajar tidak boleh berjalan-jalan, berbual-bual/keluar asrama selepas lampu padam.
3.8.3 Adab Dan Peraturan Penggunaan Surau
1 Semua pelajar Islcan wajib sembahyang fardhu di surau.
2. Sembahyang Maghrib, Isyak, Subuh dan Asar wajib berjernaah di surau.
3. Waktu senibahyang Zuhur, pelajar-pelajar digalakan berjemaahdisurau.
4. Semua pelajar diwajibkan membaca Surah Yasin pada Khamis malam Jumaat.
5. Semua pelajar diwajibkan menghadiri apa jua aktiviti keagamaan di surau.
6. Pelajar bukan Islam mestilah menghormati waktu pelajar islam sedang bersembahyang/beribadat/menjalalankan aktiviti agama.
7. Semua aktiviti agama maktab hendaklah mendapat kelulusan Unit Agama islam Maktab/pentadbiran.
8. Jangan salahgunakan surau.
8.4 Adab Dan Peraturan Dewan Selera
1. Jadual Dewan selera (tertakluk kepada Maktab)
2. Beratur semasa mengambil makanan, dilarang potong memotong
3. Sentiasa menjaga kebersihan dewan selera. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
4. Sistem "booking" tidak dibenarkan.
5. Bangku, Meja dan alatan hendaklah disusun selepas digunakan.
6. Sentiasa mematuhi peraturan makan di Dewan Selera yang dikeluarkan oleh Maktab dari masa ke semasa.
7. Pakaian di Dewan Selera mesti mengikut seperti peraturan makan malam (3.1.6)
8. Pelajar-pelajar dilarang membawa barang-barang, alat-alat dewan dan makanan keluar daripada Dewan Selera.
9. Pelajar TIDAK dibenarkan masuk ke dapur/kawasan larangan.
10. Buku-buku dan alat-alat hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.
3.9Adab Dan Peraturan Tambahan
1. Dilarang memiliki alat-alat sukan berbahaya seperti rollerblade, rollerskates, skateboard dll.
2. Semua jenis alat muzik tidak dibenarkan dibawa ke kawasan asrama.
3. Bilik air guru adalah dikhaskan untuk guru dan pelawat sahaja.
3.10 Adab Dan Peraturan Penggunaan Kolam Renang
Pengguna hanya dibenarkan masuk ke dalam kolam setelah menyerahkan borang kebenaran dan senarai perenang kepada Pengawas Kolam/penyelarnat.
2. Perenang mestilah berpakaian mandi. Kain sarung, tuala dan seluar panjang berjerut di hujung tidak dibenarkan dipakai di dalam kolam.
3. Perenang dilarang makan dan minum di dalam kolam.
4. Perenang mestilah memaklumkan kepada Pengawas Kolam/Penyelamat sekiranya:
1. Tidak boleh berenang dengan baik
2.  Mengalami sebarang jenis penyakit
3. Masalah-masalah lain yang memerlukan perhatian
5. Tidak dibenarkan terjun dari kiri atau kanan kolam.
6. Tidak dibenarkan memakai barang kemas.
7. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolam dengan berpakaian mandi.
8. Perenang di bawah umur 21 tahun mestilah diiringi oleh guru penasihat/orang dewasa yang dibenarkan oleh Pentadbiran. Pengiring adalah bertanggungjawab ke atas pengguna ini.
9. Pengawas Kolam/Penyelarnat berhak menghalang pengguna dari memasuki kolam jika ia yakin akan membahayakan perenang tersebut.
10. Penggunaan/terjun dari Papan anjal tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan.
Kebenaran Pengawas atau jurulatih yang bertugas.

Adab Dan Peraturan Makmal

3.11.1 Penggunaan Makmal br>1. Makmal adalah kawasan larangan. Sesiapapun tidak dibenarkan memasukinya tanpa kehadiran guru.
2. Bahan-bahan kimia atau radas tidak boleh dibawa keluar daripada makmal tanpa kebenaran guru bertugas.
3. Setiap ujikaji mestilah dijalankan dengan kebenaran guru bertugas.
4. Setiap kerosakan mestilah dilaporkan segera kepada guru/Pembantu makmal yang bertugas. Pelajar berkaitan perlu membayar sebahagian/sepenuhnya nilai kerosakan akibat kecuainya.
5. Gunakan hanya mancis/lain-lain cara yang disediakan oleh pelayan makmal untuk menyediakan penunu.
6.. Bahan-bahan berbara perlulah dipadamkan dengan air sebeluxn dibuang.
7. Kayu mancis, kertas turas dan lain-lain bahan buangan pepejal hendaklah dimasukkan ke dalarn bekas yang disediakan.
8. Bahan-bahan kimia/toksid mesti dibuang ke dalam bekas khas.
9. Beg dan buku-buku ycmg tidak berkaitan hendaklah disusun dengan teratur di luar makmal.
10. Pastikan bangku-bangku tersusun kemas dan kebersihan terjaga sebelum meninggalkan makmal.
11. Sebarang permainan atau gurau senda (horse Playing) adalah dilarang sama sekali.
12. Patuhi setiap arahan guru/pembantu makmal
3.11.2 Adab Dan Penggunaan Bahan-Bahan Kimia
1 Bahan-bahan kirnia hanya boleh digunakan dengan arahan dan panduan guru bertugas.
2. Baca lebel di botol sebelum mengeluarkan bahan-bahan di dalamnya (untuk memastikan bahawa bahari kimia yang betul dikeluar dan digunakan)
3. Gunakan spatula (bukan jari) untuk mengambil bahan kimia.
4. Tutup dengan segera botol yang telah digunakan.
5. Jangan merasa sebarang bahan kimia tanpa arahan jelas daripada guru bertugas.
3.11,3 Adab Semasa Kecemasan
1. Laporkan segera kepada guru/pembantu makmal bertugas.
2. Baca label di botol sebelum mengeluarkan bahan-bahan di dalamnya (untuk memastikan bahawa bahan-bahan di dalamnya (untuk memastikan bahawa bahan kirnia yang betul di keluar dan digunakan)
3. Gunakan saptula (bukan jari) untuk mengambil bahan kimia.
4. Tutup dengan segera botol yang telah digunakan.
5. Jangan merasa sebarang bahan kimia tanpa arahan jelas daripada guru bertugas
6. Jika pakaian anda terbakar, baring atas lantai dan pelajar-pelajar lain dikehendaki membalutnya dengan gebar kalis api (fire blanket)
7. a) Sekiranya sebarang asid/alkali termasuk kedalam mulut, ludahkan serta.Merta dan berkumur-kumur dengan air yang banyak.
b) Sekiranya sebarang asid/alkali terkena mata cuci dengan air yang mengalir.
*Jika berlaku kebakaran, Peraturan kebakaran Maktab hendaklah dipatuhi.
4. Pihak maktab tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana Pelajar melanggar peraturan-peraturan ini.


3.12 Adab Dan Peraturan Pusat, Sumber Ilmu (PSI)

1. Sila letakkan kasut anda di rak yang disediakan.
2. Dilarang membawa makanan dan minuman
3. Dilarang membuat bising atau tidur
4. Dilarang berpasangan antara lelaki dan perempuan
5. Sila kembalikan bahan bacaan yang telah digunakan ke rak atau troli yang  disediakan.
6. Pastikan anda tidak membawa keluar harta PSI tampa kebenaran.
7. Sila patuhi segala arahan pegawai /Staf/pengawas PSI

Lampiran:

PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

I. Penguatkuasa peraturan adalah pihak-pihak yang diberi kuasa oleh Pengetua untuk menegur/menasihati/melapor/mengheret pelajar yang melanggar peraturan maktab seperti yang termaktub dalam Buku Peraturan MRSM Jasin.
2. Pihak yang dimaksudkan ialah Penolong Pengetua, Ketua-Ketua Jabatan., GuruGuru Kanan, Guru-Guru dan semua agensi pelajar (IDP,MPP,PAIM,PPSI,ALP, Koop dan PRS).
3. Staf Maktab juga mempunyai bidang kuasa mengikut unit masing-masing:
Staf Dewan Selera dan Dapur bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan di dewan selera dan dapur.
b. Staf Asrama bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan di asrama.
Staf PSI bertanggungjawab menguatkuasaan peraturan dalam Pusat Sumber Ilmu.
d. Staf Makmal bertanggungjawab dalam kawasan makmal
e. Staf Pejabat bertangungiawab dalam kawasan pejabat.
f. Jaga bertanggungjawab menguatkuasakan apa jua peraturan yang berkait dengan tugasnya menjaga keselamatan manusia dan harta benda dalarn kawasan maktab
4. Penguatkuasa hukuman adalah pihak yang diberi kuasa oleh Pengetua/MARA untuk menjatuhkan hukuman ke atas pelajar yang sabit kesalahannya mengikut lunas yang telah ditetapkan. Pihak ini ialah:-
a. Jemaah Tatatertib dan Pengadilan Maktab [JTPM].
b. Ketua Warden dan warden-warden.
c. Ketua Penasihat dan penasihat-penasihat LDP.
d. Guru-Guru
e. Lembaga Disiplin Pelajar (LDP).

5. TATACARA PERLAKSANAAN HUKUM/DENDAAN

a) Setiap kesalahan kelas A mestilah dibicarakan dan diputuskan oleh JTPM yang dipengerusikan oleh Pen.Pengetua (HEP) atau pengerusi yang ditetapkan oleh Pengetua.
b) Hukuman 'Penyingkiran Maktab' mesti mendapat restu daripada pihak-pihak Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Manakala hukuman-hukumam lain, tidak perlu mendapat restu daripada pihak di atas.
c) Pelajar yang dicadangkan "singkir" oleh Maktab boleh membuat rayuan terus kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Manakala rayuan bagi kesalahan-kesalahan lain hendaklah dibuat kepada Pengetua melalui Guru Penasihat Homeroom masing-masing.
d) Setiap hukuman akan direkodkan ke dalam fail peribadi pelajar dan fail
JN- 13 (Pejabat). Hukuman ini akan dimaklumkan kepada ibu bapa, guru homeroom, kaunselor dan mana-mana pihak lain yang dirasakan perlu oleh JTPM.
e) Pelajar yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman tetapi enggan menjalani hukuman adalah dianggap sebagai "ENGKAR PERINTAH JTPM". Kesalahan ini dikelaskan sebagai kesalahan disiplin Kelas A yang boleh membawa kepada hukuman penyingkiran daripada Maktab


6. PINDAAN PERATURAN
Maklumat (dalam buku) ini adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak berkuasa MRSM Jasin/MARA dari semasa ke semasa



 
AZI
azri61@hotmail.com