|
 |
|
 |
PSI MRSM Jasin juga mempunyai peraturan-peraturan nya sendiri.
PERATURAN
1. Hanya pen, pensil, kertas dan buku nota sahaja dibenarkan dibawa masuk.
2. Tidak dibenarkan membawa buku teks.
3. Kasut, beg dan alatan lain diletak pada tempat yang disediakan.
4. Dilarang merokok, makan dan minum.
5. Semua pelajar diwajibkan memakai tanda nama (kad matrik).
6. Sentiasa berpakaian kemas (berkolar bagi pelajar lelaki).
7. Jangan menconteng atau mengoyak buku, majalah dan akhbar.
8. Tidak mengambil terlalu banyak buku dalam satu masa.
9. Tidak dibenarkan membuat bising dan berbual.
10. Selalu bersifat sopan, menjaga adab dan berbudi bahasa.
11. Kertas dan sampah perlu dibuang kedalam bakul sampah.
12. Suratkhabar hanya boleh dibaca di meja yang ditentukan.
13. Bahan-bahan yang telah dibaca hendaklah diletakkan di atas troli.
14. Tidak dibenarkan membawa keluar bahan dari PSI tanpa kebenaran.
15. Pengguna PSI akan diperiksa oleh staf semasa keluar.
16. Tidak boleh mengadakan kelas.
SENARAI KESALAHAN
A. BUKU DAN MAJALAH
1. Buku teks
2. Fiksyen Umum
Jika lewat memulangkannya RM0.20 akan dikenakan.
3. KBR (Rujukan)
4. Majalah
5. Tesis
- Hanya untuk rujukan di PSI sahaja.
B. KASUT
1. Kasut tidak disusun di rak
2. Memakai kasut di dalam PSI.
- Jika tidak mematuhi bayaran RM0.50 akan dikenakan.
C. PAKAIAN
Pelajar yang tidak mematuhi peraturan pakaian TIDAK dibenarkan masuk ke PSI.
D. MAKLUMAN
1. Jika Membawa barang yang tidak dibenarkan (walkman, komik dsb)
- RM0.50 akan dikenakan.
2. Denda berupa wang akan dikenakan kepada sesiapa yang menghilangkan buku atau lewat pulangkan atau yang berkaitan.
- Kesalahan yang lain akan dikenakan denda kerja amal.
3. Kad matrik yang hilang bolehlah membuat kad sementara pada EN. AZMAN BIN UBIN (koperasi)
PERATURAN PINJAMAN PELAJAR
1. Setiap pelajar akan diberikan 3 KEPING KAD
- 1 kad biru
- 1 kad hijau
- 1 kad merah.
2. Kad Biru - Buku Fiksyen
Kad Hijau - Buku Teks
Merah - Buku Koleksi Umum
Mereka boleh menggunakan kesemua kad tersebut pada satu masa.
3. Tempoh Pinjaman
1 minggu - untuk kad biru,Merah dan kad hijau
4. Pelajar dibenarkan memperbaharui pinjaman mereka tidak melebihi 3 kali bagi buku yang sama.
5. Pelajar tidak dibenarkan memindah milik kad pinjaman kepada pelajar lain untuk meminjam buku.
6. Sila semak dan pastikan tarikh pemulangan buku yang dicop di bahagian depan buku agar anda tidak terlewat memulangkannya.
7. Pelajar yang tidak memulangkan buku yang dipinjam lebih dari 1 minggu akan dikenakan denda mengikut jenis buku :-
Koleksi Umum,Teks dan Fiksyen - RM0.20 sehari termasuk cuti umum dan hari minggu dan hari persekolahan.
9. Jika buku yang dipinjam rosak atau hilang, pelajar diminta mengganti buku tersebut mengikut harga asal.
PERATURAN PEMULANGAN PELAJAR
1. Jika pelajar tidak memulangkan buku pada tempoh yang telah ditetapkan, kad pelajar tersebut akan dipamerkan di kaunter PSI.
2. Selepas SATU MINGGU jika pelajar masih gagal memulangkan buku, notis akan dibuat di dalam dan di luar PSI bersama GAMBAR mereka.
3. Salinan notis akan dihantar kepada Penasihat Homeroom
4. Kad pelajar tersebut akan digantung selama SEBULAN.
5. Selepas SEBULAN jika pelajar tersebut masih gagal memulangkan buku , maka surat kepada ibu bapa pelajar berkenaan dihantar untuk meminta mereka membayar harga buku, denda cuai serta denda lewat.
6. Jika sehingga tamat tempoh belajar pelajar tersebut masih enggan memulangkan buku maka pihak pengurusan PSI perlu mengisi BORANG PELAJAR BERHUTANG dan diserahkan ke pejabat pentadbiran.
PERATURAN PINJAMAN & PEMULANGAN GURU DAN STAF
1. Tempoh pinjaman :-
Buku teks, buku KBR - 1 Semester
Buku fiksyen, koleksi umum - 1 bulan
Buku rujukan (bilik referen) - Untuk bacaan di PSI.
Majalah/Surat Khabar
2. Bagi pinjaman di atas, SEMINGGU sebelum tarikh tamat pemulangan peminjam akan diberitahu surat peringatan pertama akan diberi.
- Di dalam surat tersebut peminjam diberitahu jika mereka mahu meneruskan pinjaman tersebut mereka mestilah datang ke Bilik Kerja dengan membawa buku tersebut untuk diperbaharui tarikh pinjamannya.
3. Setelah DUA hari tempoh pinjaman tamat jika mereka masih lagi tidak memulangkanbuku berkenaan,hantarkan surat peringatan KEDUA. Ini bermakna mereka MESTI membayar denda lewat untuk kelewatan tersebut kerana kita TELAH mengingatkan mereka tentang tarikh pemulangan.
4. Jika selepas SEMINGGU mereka masih tidak memulangkan buku berkenaan maka hantarkan surat peringatan KETIGA. Surat kali ini ditandatangai oleh Ketua Unit PSI.
5. Tamat tempoh DUA minggu selepas tarikh pinjaman hantarkan surat peringatan KEEMPAT. Surat ditandatangani oleh PENYELARAS PSI.
6. Jika selepas TIGA MINGGU mereka masih juga tidak memulangkan buku tersebut maka surat KELIMA mesti dihantar. Kali ini hantarkan salinan surat tersebut kepada KETUA JABATANnya agar beliau dapat membantu mengarahkan guru tersebut memulangkan buku tersebut.
7. Selepas SEBULAN peminjam masih gagal memulangkan buku maka hantarkan surat peringatan KEENAM dengan salinan kepada PENGETUA.
8. Denda Untuk Koleksi Umum dan Fiksyen
Denda Cuai - RM1.00 bagi pemulangan yang lewat dari tarikh yang telah ditetapkan.
Denda Lewat - RM0.10 sehari termasuk cuti umum dan hari minggu dan hari persekolahan.
PERATURAN MAKMAL BESTARI
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
77000 JASIN, MELAKA
1. Waktu Penggunaan Makmal
Isnin - Jumaat- 05.15 petang - 06.15 petang
Sabtu - 02.30petang - 5.30 petang
Ahad - 09.30 pagi - 12.30 t/hari
2.00 petang - 6.00 petang
Cuti umum tutup
2. Pakaian Semasa di Makmal
2.1 Pelajar mestilah sentiasa berpakaian kemas
2.2 Pelajar mstilah memakai tandanama sendiri, bukan dipinjam dari kawan
3. Penggunaan Komputer
3.1 Pelajar boleh menggunakan kemudahan dan peralatan dalam makmal Bestari untuk tujuan berikut:
3.1.1 Menyiapkan tugasan/projek kelas
3.1.2 Surfing untuk mencari maklumat untuk tujuan
pembelajaran
3.1.3 Mengikuti pengajaran dan pembelajaran berbantu
komputer
3.1.4 Menguruskan hal-hal berkaitan kelab yang
dianjurkan oleh pihak maktab
3.2 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan peralatan Bilik Bestari untuk tujuan yang berikut:
3.2.1 Main permainan komputer yang tidak relevan
dengan pengajaran dan pembelajaran atau
pendidikan
3.2.2 Menyalin-rakam program dan perisian komputer
3.2.3 Mencetak kad, surat, banner, poster dan sebagai-
nya untuk kegunaan persendirian
3.2.4 Down load program ke dalam hard disk
4. Peraturan Am Makmal Bestari
Peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah mesti dipatuhi oleh semua pengguna makmal Bestari
4.1 Pelajar mesti menempah makmal Bestari dari kakitangan
yang bertugas pada hari tersebut. Sila rujuk jadual
bertugas staf.
4.2 Penggunaan makmal Bestari pada waktu prep adalah
berdasarkan tempahan "first come first serve" . Walau
bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada
penggunaan yang berkaitan dengan proses pengajaran-
pembelajaran.
Pelajar mesti membeli smart card yang boleh dibeli di koperasi dengan harga permulaan RM 8.00. Jika nilai pada kad telah habis, kad boleh diperbaharui dengan harga RM5.00.
4.3 Pelajar tidak boleh menggunakan makmal Bestari tanpa
kehadiran guru atau staf bertugas.
4.4 Pelajar diwajibkan menyimpan data atau fail dalam disket.
Data/fail yang disimpan di dalam cakera keras akan
dihapuskan dari masa ke semasa.
4.5 Hanya disket yang dibekalkan oleh staf bertugas boleh
digunakan. Disket tersebut mesti dilabel dan selepas
penggunaan mesti disimpan di dalam makmal komputer.
4.6 Pelajar mestilah membuat scanning disket masing-masing
untuk mengesan virus
4.8 Disket boleh dibeli dari staf bertugas
4.7 Pelajar yang memerlukan perisian komputer tertentu perlu
memaklumkan hal ini kepada staf bertugas sekurang-
kurangnya 3 hari sebelum tarikh dikehendaki. Pelajar
tidak dibenarkan memasukkan (install) sebarang program
atau perisian sendiri ke dalam cakera keras. Jika
ditangkap pelajar akan diarahkan keluar dan disenarai
hitamkan.
4.8 Makmal Bestari tidak boleh digunakan oleh pelajar
persendirian pada waktu kelas. (7.40 pagi hingga 2.00
petang)
4.9 Pelajar perlu mengedit dan membuat bacaan pruf kerja-
kerja mereka sebelum membuat cetakan. Pelajar
dikenakan bayaran seperti berikut bagi cetakan laser:
sehelai - 10 sen
Sila bayar sebelum meninggalkan makmal
4.10 Membuat cetakan berulang (multiple copies) tidak
dibenarkan
Sila catitkan butir-butir yang lengkap dan betul ke dalam
buku log mencetak
4.11 Pelajar boleh berhubung dengan guru komputer atau staf
bertugas jika menghadapi sebarang masalah
4.12 Pelajar hendaklah membuat laporan dengan segera
sebarang kerosakan pada komputer yang digunakan
5. Tata Kelakuan Semasa Berada Dalam Makmal Bestari
Pelajar hendaklah mematuhi peraturan berikut:
5.1 Makanan termasuk gula-gula dan minuman adalah dilarang
5.2 Hanya sehelai kertas dan sebatang pen/pensil dibenarkan
5.3 Tidak dibenarkan menyalin-rakam menggunakan
kemudahan dan peralatan makmal Bestari
5.4 Hanya gunakan disket yang dibeli dari staf bertugas dan
disket tersebut mesti disimpan di dalam makmal Bestari
selepas selesai digunakan
5.5 Pelajar yang membuat perayauan (surfing) ke laman yang
mengandungi unsur-unsur negatif dan tidak sihat akan
dihadapkan ke JTPM dan disenarai hitamkan
5.6 Tolong jangan membuat sebarang perubahan settings
(bunyi, warna, screensaver dan sebagainya) ke atas
komputer tanpa kebenaran guru komputer. Jika tertangkap, pelajar tidak digantung selama sebulan dari memasuki makmal.
5.7 Jangan mengganggu ketenteraman pengguna lain semasa
berada di dalam makmal
5.8 Kerusi dan meja hendaklah disusun selepas menggunakan komputer dan pastikan komputer ditutup dengan sempurna. Jika tidak berbuat demikian, denda akan di kena RM 0.50.
PERATURAN `OPEN LIBRARY' MAKTAB RENDAH SAINS MARA
77000 JASIN MELAKA (Dibuka kepada pengguna mulai 17/4/2001)
PERATURAN AM
1. Setiap penggunaan komputer hendaklah dicatatkan di dalam buku.Pengguna mesti mengisi dengan lengkap segala maklumat yang terkandung di dalamnya.
2. Penggunaan pada waktu biasa (Isnin-Jumaat) adalah berdasarkan "first come first serve". Walau bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada penggunaan yang berkaitan dengan proses pengajaran pembelajaran.
3. Pengguna tidak boleh menggunakan komputer tanpa kehadiran staf bertugas.
4. Pengguna diwajibkan menyimpan data atau fail dalam disket. Data/fail yang disimpan di dalam cakera keras akan dihapuskan dari masa ke semasa.
5. Pengguna mestilah membuat scanning disket masing-masing untuk mengesan virus.
6. Disket boleh dibeli dari koperasi/PSI.
7. Pengguna yang memerlukan perisian komputer tertentu perlu memaklumkan hal ini kepada staf bertugas sekurng-kurangnya 3 hari sebelum tarikh dikehendaki. Pengguna tidak dibenarkan memasukkan (install) sebarang program atau perisian sendiri ke dalam cakera keras. Jika ditangkap pengguna akan diarahkan keluar dan disenaraihitamkan.
8. Pengguna perlu mengedit dan membuat bacaan pruf kerja-kerja mereka sebelum membuat cetakan.
Sehelai - 10 sen
9. Tolong jangan membuat sebarang perubahan settings (bunyi, warna, screensaver dan sebagainya) ke atas komputer. Jika tertangkap, pengguna akan digantung selama sebulan dari menggunakan komputer.
10. Jangan mengganggu ketenteraman pengguna lain semasa berada di dalam makmal.
11. Pengguna hendaklah membuat laporan dengan segera sebarang kerosakan pada komputer yang digunakan.
12. Kerusi dan meja hendaklah disusun selepas menggunakan komputer dan pastikan komputer ditutup dengan sempurna. Jika tidak berbuat demikian, denda akan dikenakan RM0.50.
WAKTU
Isnin - Khamis - 8.00 pagi - 1.00 ptg
- 2.00 ptg - 4..30 ptg
Malam - 8.45 mlm - 10.45 mlm
Jumaat - 8.00 pagi - 12.00 tgh
- 3.00 ptg - 4..30 ptg
Sabtu - 8.00 pagi - 12.30 tgh
Ahad - 8.45 malam - 10.45 malam
Cuti Hari Kelepasan Am - Tutup
TUJUAN
1. Menyiapkan tugasan/projek kelas.
2. Mengikuti pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer.
3. Menguruskan hal-hal berkaitan kelab yang dianjurkan oleh pihak maktab.
TIDAK BOLEH
1. Main permainan komputer yang tidak relevan dengan pengajaran dan pembelajaran atau pendidikan.
2. Menyalin-rakam program dan perisian komputer.
WAKTU PENGGUNAAN AKAN BERUBAH DARI MASA KESEMASA TANPA PEMBERITAHUAN
.
|
|
|
|
|